Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Umno pecat keahlian Rais, Daim dan Rafidah
Diterbitkan:  May 5, 2018 12:24 PM
Dikemaskini: 10:03 AM

Umno bertindak memecat tiga pemimpin veteran dan bekas menteri iaitu Tan Sri Rais Yatim, Tun Daim Zainuddin dan Tan Sri Rafidah Aziz.

Setiausaha agung parti, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengesahkan bahawa beliau mengeluarkan arahan untuk menamatkan keahlian mereka semalam.

“Saya berada di ibu pejabat Umno semalam dan sudah menandatangani surat pengguguran keahlian mereka.

“Mengikut perlembagaan parti mereka sebagai veteran Umno tahu bahawa tindakan mereka itu salah apabila berceramah di atas pentas pembangkang,” katanya kepada pemberita di Putrajaya hari ini.

Tengku Adnan berkata, beliau tidak bertindak berdasarkan ‘cakap-cakap’ sebaliknya sudah memperoleh bukti bergambar.

Ketiga-tiga veteran itu sejak kebelakangan ini didakwa semakin lantang mengkritik Perdana Menteri Sementara Datuk Seri Najib Razak dan pentadbirannya serta menyokong Pengerusi Pakatan Harapan dan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bagaimanapun portal Utusan Malaysia Online kemudian memetik Tengku Adnan sebagai berkata Lembaga Disiplin Umno hanya memecat Daim dan Rafidah kerana bersekongkol dengan pembangkang. Manakala Rais masih disiasat.

 

Lihat Komen
ADS