Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ahli parti lapor polis propaganda 'anti-Najib' DAP

PRU14 | Seorang ahli DAP menafikan usaha partinya sendiri dalam menyebarkan "propaganda" terhadap perdana menteri sementara Datuk Seri Najib Razak pada sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini.

Ahli DAP seumur hidup, Amran Ahmad Nor merupakan sebahagian daripada pasukan publisiti parti itu yang menumpukan pada penciptaan video dan poster.

"Ini (video dan poster) semua tuduhan yang dirancang dan propaganda jahat oleh DAP menggunakan nama Pakatan Harapan.

"(Propaganda) itu disasarkan kepada pemimpin-pemimpin kerajaan dan perdana menteri (sementara) ... Mereka bercakap tentang beliau, isterinya dan banyak pemimpin kerajaan lain.

"Bagi saya ini propaganda jahat yang dilakukan supaya mereka boleh menang pilihan raya," katanya.

Amran menuding setiausaha publisiti DAP, Tony Pua dan pembantunya Yeo Bee Yin sebagai orang yang bertanggungjawab terutamanya untuk mengarang kandungan media, dengan setiausaha agung part itu Lim Guan Eng memberi arahan kepada pasukan publisiti.

"Saya telah diberi peranan untuk membantu cybertrooper DAP yang digelar 'Red Bean Army' untuk membuat, menyampaikan serta menyebarkan propaganda DAP dengan tujuan untuk menjatuhkan kerajaan sedi ada," tulis Amran dalam laporan polis yang dilihat Malaysiakini.

Dalam laporan itu beliau menggesa pihak polis bertindak menghentikan DAP daripada terus menyebarkan berita palsu. Dia mendakwa sebelum ini, Pua mengabaikan kebimbangan yang disuarakannya.

Amran menegaskan bahawa dia tidak lagi mahu "bersekongkol" dengan DAP untuk menyebarkan apa yang dianggapnya sebagai maklumat palsu.

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia supaya tidak mengundi HARAPAN dalam PRU14.

"Saya membuat laporan ini kerana takut propaganda yang dimainkan DAP ini akan memecah-belahkan kaum Melayu dan saya tidak mahu bersekongkol dengan DAP dalam membuat, menyebar dan mempromosi propaganda jahat ini...

"...kerana merasakan ia boleh menggugat kententeraman awam, menjejaskan perpaduan, merosakkan minda rakyat," tulis laporan polisnya itu lagi.

Beliau juga menggesa rakyat Malaysia untuk tidak mengundi HARAPAN pada PRU14 ini. Amran mempertahankan dirinya tidak dibayar mana-mana pihak untuk membuat pendedahan ini.

'Tak dapat bayaran, dedak'

"Saya tahu saya akan dipanggil dengan bermacam gelaran, bahawa saya dikatakan makan 'dedak'. Saya tidak mendapat sebarang bayaran untuk ini," katanya pada sidang akhbar itu lagi.

Amran ialah anak kepada Ahmad Nor, bekas naib pengerusi DAP dan mantan ahli parlimen Bayan Baru.

Sebelum bekerja dengan DAP, beliau seorang wartawan di Utusan Malaysia dan pernah berkhidmat sebagai pengerusi Kesatuan Wartawan Kebangsaan (NUJ) cawangan akhbar harian itu.

Amran pernah bekerja sekejap untuk Lim Guan Eng pada 2010 dan kemudian menyertai Malaysiakini  selama hampir setahun sebelum berhenti tahun lalu dengan alasan mahu menceburi bidang politik.

Pada sidang akhbar hari ini, beliau juga menafikan bahawa pendedahannya ada kaitan dengan keputusan parti yang tidak memberi sebarang kerusi kepada dirinya untuk ditandingi pada PRU14 ini.

DAP telah dihubungi bagi mendapatkan maklum balas.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS