Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Serangan terhadap Chong Wei taktik lama era komunis, kata BNSC
Diterbitkan:  May 7, 2018 1:50 PM
Dikemaskini: 5:57 AM

PRU14 | Selepas muncul dalam kempen beberapa pemimpin BN, jaguh badminton negara Lee Chong Wei mencetuskan kemarahan penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN).

Kemarahan itu mendapat perhatian Komunikasi Strategik BN (BNSC) yang membidas sikap mereka itu yang menurutnya daripada DAP.

"Penyokong DAP tidak seharusnya menyerang Lee seumpama itu seperti dipanggil 'anjing suruhan' (running dog), hanya kerana beliau menyokong BN.

"Langkah DAP untuk menyerang individu yang menentang mereka adalah taktik lama era komunis untuk menimbulkan ketakutan agar orang tidak mengkritik DAP atau memuji seteru parti itu.

"Ini memang cara mereka menyekat kebebasan bersuara dan demokrasi," kata Timbalan Pengarah BNSC Eric See-To dalam kenyataan hari ini.

See-To berkata Chong Wei bukanlah orang pertama yang diberi gelaran dan penghinaan itu.

"Selain saya, mereka yang turut digelar 'anjing suruhan' kerana tidak selari dengan DAP dan berkata apa yang benar termasuk pemimpin parti itu sendiri Dr Tan Seng Guaw dan Dr Boo Cheng Hau - kedua-duanya setia berkhidmat terhadap DAP berdekad lamanya tetapi kini menerima layanan seperti itu," katanya.

Beliau menggesa rakyat Malaysia, khususnya masyarakat Cina, tidak takut untuk mengkritik DAP jika parti itu melakukan kesilapan.

"Anda tidak boleh lagi ditakutkan oleh pasukan serangan DAP yang mahu anda menutup mulut. Anda perlu tunjukkan kemarahan terhadap taktik kebencian DAP seperti layanan mereka terhadap Chong Wei.

See To turut berkongsi imej yang tersebar di media sosial yang meremehkan Chong Wei. Gambar itu yang mempunyai imej najis dan lambang BN, serta menuduh Chong Wei sebagai "membuat banyak wang dengan mejilat kasut Najib dan BN".

"Perkataan Arab (pada t-shirt Chong Wei) pada gambar yang disunting itu bermakna 'Pergi Mampus'. Betapa kasarnya tentera siber dan penyokong DAP.

Rakyat Malaysia perlu menolak mereka pada PRU kali ini sebagai hukuman terhadap DAP dan HARAPAN kerana menggunakan taktik itu," katanya lagi.

Lihat Komen
ADS