Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

PRU14 | Dalam kempen terakhirnya, PAS Terengganu berkata akan mengisytiharkan 10 Mei ini - sehari selepas hari mengundi -sebagai cuti khas jika parti itu berjaya mengambil alih pentadbiran negeri itu.

Ia hanyalah permulaan apabila parti itu juga berjanji akan menghapuskan tunggakan saman peniaga di premis bawah pihak berkuasa tempatan dan tunggakan serta kutipan cukai pintu.

Selain itu, pentadbiran bawah parti itu juga akan menangguhkan bayaran bagi pinjaman Yayasan Terengganu selama dua bulan - sebagai hadiah sempena bulan Ramadhan dan Syawal.

Perkara itu diumumkan Pesuruhjaya PAS Negeri Datuk Hussien Awang.

"Tawaran PAS ini akan dilaksanakan dalam masa 30 hari selepas PAS mengambil alih kerajaan negeri.

"Ini adalah tanda terima kasih PAS kepada rakyat yang menyokong kami," katanya.

PAS dilihat berpeluang menang di negeri itu pada pada pilihan raya kali ini. Pada penggal lalu, BN hanya memegang majoriti mudah dengan 17 kerusi DUN, berbanding PAS (14) dan HARAPAN (1).

Lihat Komen
ADS