PRU14 | Pengerusi Pakatan Harapan (HARAPAN) Kelantan, Husam Musa tewas di parlimen Kota Bharu di tangan penyandangnya Datuk Takiyuddin Hassan.
Keputusan rasmi yang diumumkan SPR menunjukkan Takiyuddin mendapat 28,291 undi berbanding Husam dengan 22,422 undi.
Calon BN Fikhram Hamshi Mohd Fatmi pula meraih 16,256 undi. Sejumlah 689 pula undi rosak.
Ini bermakna Takiyuddin yang juga setiausaha agung PAS mendapat majoriti 5,869 undi.
Keputusan itu dipaparkan di skrin selepas kesemua peti undi dikira di pusat penjumlahan undi di Dewan Jubi Perak Kota Bharu.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) belum mengumumkan keputusan rasmi.
Keputusan DUN Salor yang turut ditandingi Husam belum dapat dipastikan setakat ini.
Berikut keputusan tidak rasmi bagi tiga DUN dalam parlimen itu:
N10 Bunut Payong
Dr Ramli Mamat - (PAS) 10,921
Datuk Mohamed Hasnan Che Hussin - (BN) 6,294
Sanusi Othman - (PH) 4,586
Majoriti - 4,627
Undi rosak - 214
N09 Kota Lama
Datuk Anuar Tan - (PAS) 8,410
Tan Sri Rashid Abdul Rahman- (PH) 6,965
Chua Hock Kuan - (BN) 5,502
Khairul Nizam Abd Ghani - (PSM) - 54
Izat Bukhary Ismail Bukhary (BEBAS) - 29
Majoriti-1,445
Undi rosak - 267
N08 Tanjong Mas
Rohani Ibrahim - (PAS) 13,154
Dr. Hafidzah Mustakim - (PH) 6,139
Madihah Ab Aziz - (BN) 4,945
Majoriti - 7,015
Undi rosak - 201
[Berita penuh menyusul]
