Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Najib: Tiada parti dapat majoriti mudah, Agong putuskan siapa PM

Pengerusi BN, Datuk Seri Najib Razak mendakwa tiada parti menerima kerusi yang mencukupi untuk membentuk sebuah kerajaan dengan majoriti mudah.

Bercakap dalam sidang media di PWTC, Kuala Lumpur, pagi tadi, Najib berkata terpulang kepada Yang di-Pertuan Agong untuk menentukan siapa akan menjadi perdana menteri dan menerajui negara.

“BN komited dan menghormati prinsip-prinsip demokrasi berparlimen. (Tetapi) kerana tiada parti yang dapat simple majoriti (majoriti mudah) Yang di-Pertuan Agong akan buat keputusan siapa yang akan menjadi perdana menteri.

"Berdasarkan prinsip siapa yang dapat kepercayaan ahli-ahli Dewan Rakyat, BN akan hormati apa sahaja keputusan Agong.

"Saya harap agar (rakyat) beri kepercayaan kepada kebijaksanaann Agong untuk buat keputusan sebaik mungkin,” katanya.

Menurut Najib, beliau juga komited untuk membuat penyelesaian dan keputusan yang terbaik berlandaskan kepentingan negara.

“Malaysia negara teristimewa. (Saya) diberi peluang memimpin kerajaan ucap ribuan terima kasih kepada semua rakan-rakan saya dalam BN kerana telah beri sokongna yang padu kepada BN,” katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semalam mengumumkan gabungan pembangkang yang diterajui oleh Pakatan Harapan (HARAPAN) memenangi 113 kerusi, sementara parti sekutunya, WARISAN memenangi lapan kerusi parlimen.

Berdasarkan keputusan rasmi, HARAPAN yang bertanding di bawah logo PKR memenangi 104 kerusi, manakala DAP - yang bertanding di bawah logonya sendiri di Sabah dan Sarawak - memenangi sembilan kerusi.

Ini menjadikan gabungan pembangkang itu mendapat 113 daripada 222 kerusi parlimen yang dipertandingkan.

Walau bagaimanapun, HARAPAN tidak diiktiraf sebagai gabungan rasmi kerana ia tidak didaftarkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS).

Lihat Komen
ADS