Malaysiakini
BERITA

Peguam negara kena 'bullshit' dengan Mahathir

Diterbitkan
Dikemaskini 10 Mei 2018, 6:45 pagi

Calon perdana menteri Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan kenyataan Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali kekal untuk berperanan sebagai penasihat kerajaan sebagai “bullshit” (mengarut).

“Saya fikir apa yang pendakwa awam atau peguam negara kata hari ini berkaitan menasihatkan kerajaan sebagai bullshit,” katanya tanpa menyebut nama Apandi secara langsung.

Katanya, seseorang itu bercakap merapu jika berkata mahu menasihati kerajaan kerana kerajaan belum dibentuk.

Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali pagi tadi berkata Pejabat Peguam Negara (AGC) kekal sebagai penasihat kepada kerajaan HARAPAN dan melakukan pendakwaan ke atas kesalahan-kesalahan jenayah tanpa mengira senario politik semasa.

Apandi memberi jaminan bahawa AGC bebas daripada cengkaman politik dan memastikan undang-undang ditegakkan tanpa rasa takut atau berpihak.

Apandi dilantik ke jawatan itu oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menggantikan Tan Sri Abdul Gani Patail yang disingkirkan di tengah-tengah kehebohan isu 1MDB.

Belau pernah membersihkan nama Najib daripada sebarang kesalahan berkaitan 1MDB.

Sementara itu, dalam sidang media hari ini, Mahathir sempat berjenaka bahawa mukanya tidak lagi “haram”.

“Kamu tidak perlu lagi kerat gambar saya kerana ia tidak lagi haram,” katanya merujuk kepada larangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) terhadap gambarnya daripada bahan kempen HARAPAN.

[Baca berita asal]

Malaysiakini telah menyajikan laporan percuma dalam bahasa Melayu selama 17 tahun. Langkah ini diambil sebagai khidmat kami untuk masyarakat.

Kami berharap ia dapat membantu pembaca membuat keputusan terhadap sesuatu perkara secara bermaklumat, selain menggalakkan perbahasan serius berkaitan isu-isu melibatkan kepentingan awam.

Malaysiakini juga berharap rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam isu-su penting dalam negara.

Langgan Malaysiakini (versi Bahasa Inggeris) sebanyak RM20 sebulan atau RM200 setahun bagi mendukung media bebas di negara ini.

Komen

Malaysiakini tidak bertanggungjawab terhadap komentar yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian sidang redaksi kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.