Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mavcom siasat CEO AirAsia dakwa arah batal penerbangan
Diterbitkan:  May 13, 2018 10:44 PM
Dikemaskini: 2:49 PM

Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (Mavcom) berkata pihaknya akan menyiasat Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Tan Sri Tony Fernandes sebelum ini yang mendakwa suruhanjaya itu mengarahkannya membatalkan penerbangan tambahan yang diperkenalkan sempena pilihan raya umum (PRU) ke-14.

"Merujuk dakwaan Fernandes dalam video bertarikh 13 Mei 2018, Mavcom menganggap ia sebagai dakwaan serius.

"Kami akan memulakan siasatan secepat mungkin berhubung dakwaan ini. Kami akan maklumkan perkembangan kepada orang awam," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Awal hari ini, Fernandes memohon maaf kerana tunduk pada tekanan dengan mempromosikan kempen pilihan raya umum (PRU) bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Menurut Fernandes, AirAsia enggan meminta Pengerusi AirAsia X Tan Sri Rafidah Aziz meletakkan jawatan meskipun Putrajaya menekan beliau susulan tindakan bekas menteri itu yang sering mengkritik BN.

Fernandes menjelaskan, dia menyebabkan kemarahan kerajaan BN ketika itu apabila memperkenalkan 120 penerbangan tambahan untuk kemudahan 26,000 pengundi pulang mengundi, selain menurunkan harga tiket sempena PRU ke-14.

"Dalam tempoh 24 jam, kami dipanggi Mavcom, dan diarahkan membatalkan kesemua penerbangan itu. Perkara itu memberi tekanan yang hebat kepada kami.

"Selain Rafidah yang kami tidak dapat 'diamkan', kami tambah penerbangan untuk bawa rakyat pulang mengundi, pada harga yang rendah.

"Tanpa berfikir panjang saya berfikir dengan membuat video itu yang saya rasakan agak neutral, berfakta dan pesawat dari Kota Kinabalu itu akan menyenangkan kerajaan serta melindungi para pekerja kami dan yang lebih penting, intipati yang membolehkan lebih daripada 80 juta orang terbang setiap tahun dengan tambang murah," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS