Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tak benar sultan Brunei derma AS$1 juta pada M'sia
Diterbitkan:  May 15, 2018 12:55 PM
Dikemaskini: 5:01 AM

Pejabat Perdana Menteri (PMO) menafikan dakwaan sultan Brunei memberikan AS1$ bilion (RM3.95) kepada kerajaan Malaysia.

Jurucakap pejabat itu Endie Shazlie mengesahkan status yang dimuat naik di Facebook “Mukhriz Mahathir FC” pagi tadi tidak benar.

Menurut status itu, sultan Brunei memberikan sumbangan itu untuk memulihkan ekonomi Malaysia tanpa perlu membayar balik.

Ia juga, dakwa Facebook itu, tidak dimasukkan ke akaun peribadi perdana menteri – yang dilihat menyindir bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak yang menerima “derma” RM2.6 bilion melalui akaun peribadi.

Pengendali Facebook itu turut memohon maaf atas tulisan itu dan mengaki ia kesalahan seorang pengendalinya.

Sultan Brunei adalah ketua kerajaan pertama yang melawat bertemu Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad selepas beliau mengangkat sumpah sebagai perdana menteri baru.

Lihat Komen
ADS