Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Ambiga: Biar mahkamah bukan ROS tentukan nasib Umno
Diterbitkan:  May 15, 2018 12:54 PM
Dikemaskini: 4:58 AM

Datuk Ambiga Sreenevasan menegaskan bahawa proses sewajarnya harus dipatuhi berhubung status Umno dan bukannya menggunakan Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Kita mesti menghormati proses sewajarnya. Apa yang saya tidak suka adalah ROS, mungkin digunakan dalam proses itu.

"Kami memerlukan pembangkang yang kuat seperti kita perlukan kerajaan yang baik. Jadi apa saja yang berlaku kepada Umno, saya fikir proses sewajar mesti dipatuhi.

"Tetapi pada penghujung hari, mana-mana bentuknya, pembangkang yang baik adalah penting untuk kerajaan yang baik," katanya kepada stesen radio BFM pagi ini.

Ambiga yang juga adalah presiden Persatuan Hak Asasi Manusia Kebangsaan (Hakam) berharap layanan kerajaan terhadap pembangkang akan berbeza berbanding sebelum ini.

"Dan saya harap perkara mengarut seperti sebelum ini di mana pembangkang dianggap sebagai musuh tidak akan ada lagi," katanya.

Ambiga berkata kerajaan mesti ingat bahawa rakyat juga mengundi ahli-ahli pembangkang dan ini mesti dihormati.

"Saya harap kerajaan ini akan menunjukkan ia adalah kerajaan untuk semua, termasuk ahli Umno..," katanya.

Pemilihan kali terakhir Umno diadakan pada Oktober 2013, yang bermakna tempoh itu telah melebihi had tiga tahun yang ditetapkan oleh perlembagaan parti sendiri.

Walau bagaimanapun, beberapa peruntukan membolehkan Umno menunda pemilihannya, tetapi hanya untuk maksimum 18 bulan.

Berdasarkan ini, 16 anggota Umno, yang kemudiannya dipecat, memohon semakan kehakiman untuk membatalkan keputusan ROS yang membenarkan Umno untuk melanjutkan pemilihan parti di semua peringkat.

Umno dan BN digulingkan dari kuasa pada pilihan raya umum 9 Mei selepas memerintah selama enam dekad.

Berikutan kekalahan mengejutkan itu, bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan sebagai presiden Umno dan pengerusi BN.

Parti itu kini diterajui oleh bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan bekas menteri pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Lihat Komen
ADS