Adun Pengkalan Pasir, Kelantan meninggal dunia
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar, 55, meninggal dunia pada jam 6.05 pagi ini kerana kanser hati di Pusat Perubatan Kota Baharu (KBMC) di Kelantan.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Pasir, Wan Abdul Aziz Wan Jaafar, 55, meninggal dunia pada jam 6.05 pagi ini kerana kanser hati di Pusat Perubatan Kota Baharu (KBMC) di Kelantan.
Allahyarham meninggalkan seorang isteri dan tujuh orang anak berumur antara 13 dan 28 tahun.
Timbalan Menteri Besar Datuk Ahmad Yaacob ketika dihubungi Bernama di sini berkata wakil rakyat PAS itu akan dikebumikan di Kubur Dusun Nyiur, Meranti dekat Pasir Mas pada jam 11.30 pagi ini.
Wan Abdul Aziz menerima rawatan di beberapa hospital dan pusat perubatan swasta termasuk terakhir di KBMC selepas dikesan menghidap kanser tiga bulan lalu.
Anak ketiga Allahyarham, Wan Mohamed Zulfaisyal, 26, berkata ibunya Kamariah Jaafar, 50, berada di sisi semasa ayahnya menghembuskan nafas terakhir.
Beliau berkata, bapanya seorang yang sihat dan jarang sakit tetapi segalanya berubah apabila disahkan menghidap kanser tiga bulan lalu.
Di tahap kritikal
Sejak itu, bapanya berulang alik mendapatkan rawatan pakar di beberapa hospital, termasuk di Hospital Raja Perempuan Zainab Dua, di Kota Bharu,; Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian; Hospital Selayang di Kuala Lumpur dan beberapa buah lagi hospital pakar swasta.
Katanya, rawatan sukar diberikan kepada allahyarham kerana penyakit itu sudah berada pada tahap kritikal semasa dikesan.
Jenazah bapanya kini berada di kediaman mereka di Lot 403, Seksyen 3, W2/582, Kubang Bemban, Meranti bagi membolehkan orang ramai dan pemimpin menziarahi sebelum dikebumikan.
Dalam pilihanraya umum lalu, Wan Abdul Aziz yang bertanding atas tiket PAS menewaskan calon Barisan Nasional, Hanafi Mamat dengan majoriti tipis 56 undi.
Wan Abdul Aziz mendapat 7,168 undi manakala Hanafi 7,112 undi. Pada pilihanraya itu, PAS membentuk kerajaan negeri Kelantan bagi empat penggal berturut-turut selepas memenangi 24 daripada 45 kerusi Dun Kelantan.
Kelantan adalah satu-satunya negeri yang dikuasai PAS.
Report this comment


Are you sure you want to delete this comment?
This action cannot be undone.