Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Anwar: Sirul berhak dapat perbicaraan baru
Diterbitkan:  May 17, 2018 4:49 PM
Dikemaskini: 8:57 AM

Komando polis Sirul Azhar Umar yang dijatuhkan hukuman mati berhubung kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu perlu diberi perbicaraan baru, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam wawancara bersama The Australian, Anwar berkata hakim perbicaraan Sirul sebelum ini "dikompromi" kerana saksi berkaitan tidak dipanggil, justeru "mempersenda sistem undang-undang".

"Cara terbaik adalah mencadangkan dakwaan baru dan benarkan perbicaraan penuh kes," katanya.

Pada 2009, Sirul dan Azilah Hadri - yang merupakan pegawai keselamatan Datuk Seri Najib Razak yang merupakan timbalan perdana menteri ketika itu - didapati bersalah atas tuduhan membunuh warga Mongolia berkenaan tiga tahun sebelum itu.

Kedua-duanya dibebaskan pada 2013. Sirul kemudian melarikan diri ke Australia dan seterusnya ditahan di pusat tahanan Sydney Villawood sejak itu.

Pembebasan mereka ditarik semula oleh Mahkamah Persekutuan dan hukuman mati disabitkan semula.

Kontraktor kementerian pertahanan Abdul Razak Baginda - yang dikenali sebagai salah seorang rakan rapat Najib - pada mulanya didakwa bersubahat, namun kemudia dibebaskan.

Dalam perbicaraan mahkamah, Altantuya dikatakan menemani Abdul Razak ke Paris dalam urusan membeli kapal selam Scorpene untuk Malaysia, Najib merupakan menteri pertahanan ketika itu.

Susulan kekalahan BN dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14, terdapat gesaan agar Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad membuka semula beberapa kes termasuk 1MDB dan pembunuhan Altantuya.

Bekas hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram sebelum ini menggesa siasatan baru dalam kes Scorpene dan agar Abdul Razak disiasat sekali lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS