Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pemantau kebebasan media desak Dr M tak mungkir janji
Diterbitkan:  May 18, 2018 12:02 PM
Dikemaskini: 4:18 AM

Kumpulan pemantau kebebasan media sedunia Wartawan Tanpa Sempadan (RSF) mendesak Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memungkiri janjinya untuk membenarkan kebebasan media subur di Malaysia.

Dalam surat terbuka kepada Mahathir, setiausaha agung RSF yang berpangkalan di Paris, Christophe Deloire berkata mereka memantau dari dekat janji-janji perdana menteri.

“Dalam manifesto Pakatan Harapan, kamu berikrar bahawa kerajaan kamu akan menjamin kebebasan media, dan kamu tegaskan janji-janji itu semasa tempoh berkempen,” tulis Deloire.

“Kamu berjanji untuk memansuhkan kesemua undang-undang drakonian yang menindas dan menimbulkan budaya penapisan kendiri media selama berdekad-dekad, (dan berjanji) untuk membentuk badan pengawal selia bebas media bagi memastikan kerajaan tidak lagi dapat mempengaruhi atau memanipulasi penyiar awam RTM dan agensi berita nasional Bernama.”

Bagaimanapun, katanya, Mahathir membayangkan Akta Antiberita Tidak Benar tidak akan dimansuhkan.

“Walaupun kami sendiri pernah menjadi mangsa Akta Antiberita Tidak Benar, kamu umumkan beberapa hari lagi ia tidak akan dimansuhkan.

“Di sebalik wartawan dan wakil-wakil parti dalam gabungan kamu, kamu sebaliknya berkat akan memindanya supaya konsep maklumat palsu menjadi lebih jelas.

“Kamu juga kata kebebasan media 'ada batasnya' seperti juga perkara-perkara lain.

“Kami sangat terganggu dengan perubahan sikap ini,” kata Deloire.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS