Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Akhbar Cina: Jho Low mungkin di Taiwan
Diterbitkan:  May 18, 2018 12:37 PM
Dikemaskini: 5:00 AM

Sebuah akhbar harian berbahasa Cina mendakwa bahawa peniaga kelahiran Pulau Pinang, Jho Low bermungkinan sedang berada di Taiwan.

Menurut Nanyang Siang Pau, ia mempunyai "maklumat yang boleh dipercayai" tentang lokasi Low, tetapi tidak mendedahkan butirannya.

Laporan itu membuat spekulasi bahawa mengekstradisi Low mungkin akan menjadi sukar kerana Malaysia dan Taiwan tidak mempunyai hubungan diplomatik secara formal.

Kedutaan tidak rasmi Taiwan di Kuala Lumpur - Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei - enggan mengulas apabila dihubungi oleh akhbar itu.

Pada Isnin lalu, perdana menteri baru Tun Dr Mahathir Mohamad berkata pentadbirannya "mengetahui secara kasar" tentang keberadaan Low.

Low sedang “dicari” oleh pihak berkuasa Malaysia sejak 2015 berkaitan dengan urusan 1MDB.

Dia mempunyai hubungan rapat dengan Riza Aziz, anak tirinya bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, yang kini di bawah siasatan polis.

Nama Low disebut secara meluas dalam saman mahkamah Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat (DOJ) berhubung penyitaan aset 1MDB.

Dia dituduh menyeleweng dan menggubah dana 1MDB - firma pelaburan negara yang ditubuhkan oleh pentadbiran Najib - dan membelanjakan wang berkenaan secara boros dan mewah.

Ini termasuk pembelian kapal layar mewah Equanimity berharga AS$ 250 juta yang disita oleh pihak berkuasa Indonesia pada Mac lalu.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS