Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita

Pasukan petugas khas yang ditubuhkan untuk menyiasat 1MDB seperti yang diumumkan awal hari ini akan melapor kepada Jawatankuasa 1MDB yang diumumkan oleh Majlis Penasihat Kerajaan, minggu lalu, kata ketua jawatankuasa itu, Tan Sri Abu Talib Othman.

"Pasukan khas itu akan melapor kepada jawatankuasa kami," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Menara Ilham di Kuala Lumpur hari ini.

Abu Talib ditanya mengenai perbezaan antara jawatankuasa yang diterajuinya dengan yang dipimpin oleh bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail.

Beliau juga memaklumkan kepada wartawan untuk menunggu butiran yang akan diumumkan dalam satu kenyataan oleh sekretariat Majlis Penasihat Kerajaan kemudian nanti, kerana beliau tidak berada dalam kedudukan untuk mengeluarkan siaran akhbar berkenaan.

Majlis Penasihat Kerajaan pada 17 Mei lalu mengumumkan jawatankuasa lima anggota yang diketuai oleh Abu Talib yang juga adalah bekas peguam negara dan bekas pengerusi Suhakam.

Anggota lain adalah seperti berikut:-

  • Nik Shahrizal Sulaiman - Rakan Kongsi, Risk Assurance Services PwC;
  • Syed Naqiz Shahabuddin Syed Abdul Jabbar - Rakan Kongsi Kanan, Naqiz & Partners;
  • Faris Rabidin - Penasihat Kanan Otoritas Jasa Keuangan Indonesia;
  • Cynthia Gabriel - Centre to Combat Corruption and Cronyism.

Kerajaan hari ini pula mengumumkan penubuhan pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci kes 1MDB, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO).

Dalam kenyataan dikeluarkan itu, PMO memberitahu pasukan khas berkenaan akan diketuai bersama beberapa tokoh berprofil tinggi.

Katanya pasukan itu akan dianggotai wakil Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jabatan Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia, Bank Negara Malaysia dan beberapa orang peguam yang mempunyai kepakaran dalam perkara berkaitan.

PMO berkata pasukan khas itu diketuai bersama oleh Tan Sri Abdul Gani Patail yang juga bekas peguam negara, Tan Sri Abu Kassim Mohamed (bekas ketua pesuruhjaya SPRM), Dato Seri Mohd Shukri Abdull (ketua pesuruhjaya SPRM) dan Datuk Abdul Hamid Bador (bekas pegawai kanan Cawangan Khas Bukit Aman).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS