Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Pengerusi Umno Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim hari ini memohon Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail supaya tidak campur tangan dalam pentadbiran negeri.

Mengulas tindakan Datuk Seri Azlan Man yang pagi tadi mengangkat sumpah jawatan sebagai menteri besar negeri itu, beliau berkata keputusan berkenaan dibuat tanpa mendapat sokongan majoriti Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis.

“Saya rayu pada Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja supaya menghormati perlembagaan, sebagai raja berpelembagaan. Tuanku sebagai Raja tak perlulah campur tangan tentang pentadbiran sebab pentadbiran akan uruskan.

“Jangan takut negeri Perlis tak ada budget dan sebagainya. Itu urusan menteri besar. Kita memohon supaya Tun (Dr) Mahathir (Mohamad) supaya campur tangan semak semula kuasa melantik menteri besar,” katanya.

Selain itu, beliau turut merayu Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menyatakan pandangan banginda sebagai pakar undang-undang.

Shahidan menjelaskan, pelantikan mana-mana menteri besar perlu mendapat sokongan majoriti ADUN yang memenangi kerusi di sesebuah negeri.

Bagaimanapun, untuk kes Azlan, bukan sahaja tidak mendapat sokongan majoriti tetapi nama beliau juga tidak dinamakan oleh BN negeri, kata anggota parlimen Arau itu.

"Ikut perlembagaan, pelantikan menteri besar perlu mendapat sokongan majoriti. Sembilan ADUN BN daripada 15 ADUN menyokong (Datuk Ismail Kassim).

"Malah pelantikan perdana menteri sendiri, walaupun BERSATU tidak memenangi kerusi yang banyak tapi atas sokongan majoriti Tun Mahathir (Mohamad) menjadi perdana menteri.

"Kami menang dua pertiga, kami bertungkus lumus untuk pilihan raya, kami berhak tentukan siapa pemimpin kami.

"Dia tak ada pencadang, penyokong tiba-tiba jadi menteri besar," kata Shahidan di PWTC hari ini.

Turut hadir sama pada sidang media ialah sembilan ADUN BN Perlis yang tidak hadir pada majlis pagi tadi.

Pada pilihan raya umum ke-14, selain DUN Bintong yang dimenangi oleh Azlan, BN memenangi sembilan daripada 15 kerusi DUN di Perlis.

Pakatan Harapan pula hanya memenangi tiga kerusi dan PAS dua.

 

 

Lihat Komen
ADS