Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
'Kenapa Umno tak tuntut beg tangan berjenama juga?'
Diterbitkan:  May 25, 2018 3:54 PM
Dikemaskini: 7:56 AM

DAP mempertikai tuntutan Umno terhadap wang rampasan berjuta-juta ringgit yang dikaitkan dengan Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini.

“...dan jika mereka tidak dapat membekalkan terperinci senarai satu persatu yang dituntut, bagaimana Umno boleh menuntut dana yang dirampas polis itu.

“Bagaimana pula dengan 35 beg barang kemas dan jam – adakah Umno mahu menuntutnya juga atas alasan ia milik Umno.

“Bagaimana pula dengan 284 kotak beg tangan berjenama – ini pun Umno nam tuntut juga?” soal veteran DAP Lim Kit Siang.

Polis merampas 72 beg yang 35 daripadanya berisi wang tunai dari 26 jenis mata wang berjumlah RM114 juta semasa operasi di tiga kondominium mewah di ibu kota yang dikaitkan dengan Najib.

Lim juga bertanya berapa bahagian dari RM114 juta itu untuk kegunaan Umno dalam pilihan raya dan apa asas tuntutan itu.

Beliau berkata Umno patut menyerahkan inventori kepada polis yang menyatakan jumlah sumbangan dari pelbagai penderma dan surat mengesahkan sumbangan itu.

“Jika ia untuk kegunaan pilihan raya, kenapa masih ada hingga selepas pilihan raya?” soalnya.

Lim juga menggesa Najib mendedahkan derma yang diterimanya bagi pihak Umno.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS