Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kos siar Piala Dunia RM30 juta, sebahagian ditanggung penaja
Diterbitkan:  May 31, 2018 5:13 PM
Dikemaskini: 10:44 AM

Menteri Kewangan Lim Guan Eng memaklumkan kos penyiaran kejohanan Piala Dunia 2018 di RTM adalah RM30 juta.

"Kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk siaran Piala Dunia 2018 tetapi perbelanjaan sebenar adalah RM30 juta.

"Sebahagiannya akan ditaja melalui pendapatan pengiklanan," katanya dalam sidang media di Putrajaya hari ini.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo kemudian menjelaskan RTM telah mendapatkan penajaan berjumlah RM15 juta dan ia dijangka akan bertambah.

Gobind berkata kerajaan berusaha menjadi telus dengan mengumumkan harga siling sebanyak RM40 juta untuk menyiarkan Piala Dunia di RTM.

Beliau berkata butiran lanjut mengenai pihak penaja akan didedahkan pada sidang akhbar kemudian.

Beliau juga berkata hak penyiaran didapatkan daripada syarikat bernama Sports and Media Distributor dan beliau akan menyemak jika syarikat itu terikat dengan gergasi TV satelit, Astro.

Ditanya jika sebarang lebihan tajaan yang diperoleh akan disalurkan ke Tabung HARAPAN Malaysia, menteri berkata hal ini akan dibincangkan dalam kabinet.

Lihat Komen
ADS