Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
MOF mahu Najib jelaskan transaksi projek M9.4 bilion SSER

Menteri Kewangan Lim Guan Eng mahu penjelasan daripada bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak berhubung dakwaan penyelewengan dalam dua projek kerajaan bernilai RM9.41 bilion.

Kedua-dua projek adalah projek Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP) di Melaka yang bernilai RM5.35 bilion dan Saluran Paip Gas Trans Sabah (TSGP) yang bernilai RM4.06 bilion. Kerja untuk kedua-dua projek itu bermula pada bulan April tahun lalu.

Lim hari ini mendedahkan bahawa kerajaan telah membayar hampir 90 peratus daripada jumlah projek berkenaan, tetapi hanya 13 peratus daripada kedua-dua projek itu berjaya disiapkan.

"Jumlah wang yang dibayar adalah sebanyak RM8.25 bilion iaitu merupakan 87.7 peratus daripada jumlah nilai projek.

“Ini di sebalik kadar purata projek yang disiapkan hanya 13 peratus dengan kontrak dua tahun lagi,” katanya pada sidang akhbar di kementerian kewangan (MOF) di Putrajaya hari ini.

Projek-projek tersebut telah dilaksanakan oleh Suria Strategic Energy Resources (SSER), sebuah anak syarikat milik penuh kementerian kewangan terutama yang ditubuhkan pada 19 Mei 2016, khusus untuk projek berkenaan.

Selain bayaran berkenaan, SSER membayar hampir RM1 bilion untuk dua perjanjian rundingan lain kepada syarikat-syarikat Cina untuk projek-projek tersebut.

Lim telah mengarahkan pegawainya untuk membuat laporan SPRM mengenai "urus niaga yang mencurigakan" itu dan menuntut jawapan daripada mereka yang bertanggungjawab.

"Lembaga pengarah (SSER) dan Irwan Serigar, khususnya, mesti jawab mengapa SSER menandatangani kontrak yang berat sebelah yang jelas menjejaskan kepentingan rakyat dan kerajaan Malaysia.

"Di samping itu, kami akan mengalu-alukan bekas menteri kewangan dan perdana menteri Najib Razak, yang aktif di Facebook baru-baru ini, untuk menjelaskan bagaimana beliau boleh meluluskan transaksi ini," katanya.

Lim juga berkata terdapat kaitan antara SSER dengan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS