Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Sejak sekian lama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) terpaksa menerima kritikan kerana dianggap sebagai "harimau tanpa taring" kerana hanya dapat mengeluarkan laporan dengan kata-kata teguran tegas namun tidak memberi kesan kepada pentadbiran kerajaan.

Malah pada pandangan salah seorang bekas pengerusinya, realiti Suhakam adalah lebih buruk daripada itu.

Kata Tan Sri Hasmy Agam, Suhakam sebenarnya "lebih teruk daripada harimau tak bertaring" sebaliknya lebih kepada pemantau yang terikat pada tiang.

Dengan tertubuhnya kerajaan baru Pakatan Harapan, Suhakam mengharapkan keadaan yang berbeza.

Justeru pengerusinya Tan Sri Razali Ismail menggesa kumpulan masyarakat sivil mendesak kerajaan menubuhkan ombudsman (badan pemantau bebas rasmi) bagi meneliti hal-hal berkaitan hak asasi manusia.

"Hak asasi manusia tidak boleh dilindungi hanya dengan kata-kata dan ungkapan, malah melalui perlembagaan atau undang-undang.

"Hak asasi manusia - berdasarkan pengalaman di negara-negara lain - hanya akan dapat dilindungi dengan berkesan melalui jentera secukupnya serta berfungsi secara berasingan daripada kerajaan.

"Saya sedang bercakap mengenai sebuah ombudsman," katanya semasa bercakap dalam forum dianjurkan oleh Pusat Kajian Dasar-dasar Awam (CPPS) di Kuala Lumpur hari ini.

Turut hadir salah seorang pengasas kumpulan G25, Datuk Noor Farida Ariffin; bekas presiden Persatuan Ekonomi Malaysia, Tan Sri Mohd Sheriff Mohd Kassim dan Ketua Bahagian Dasar Tabung Alam Sedunia (WWF) Lavanya Rama Iyer.

Untuk rekod Suhakam ditubuhkan oleh parlimen mengikut Akta Suruhanjaya Hak Asasi Manusia 1999 dan diwartakan pada 9 Sept 1999.

Mesyuarat pertama badan itu diadakan pada 24 April 2000.

Suhakam ditubuhkan sebagai institusi kerajaan ekoran pembabitan aktif Kuala Lumpur dalam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia PBB (UNHCR) antara 1993 dan 1995 selepas dilantik menganggotai badan itu.

Bagaimanapun Suhakam hanya dapat membuat pemantauan dan menyediakan laporan serta saranan mengenai isu hak asasi manusia di negara ini.

Kata Razali semua pihak perlu meyakinkan kerajaan secara berterusan bahawa negara memerlukan satu struktur untuk membolehkan pihak ketiga - yang dibayar dan ditubuhkan oleh kerajaan - wujud serta berfungsi secara benar-benar bebas.

"Ia sepatutnya lebih bebas berbanding Suhakam, yang tidak hanya boleh membantah dan menulis kepada kerajaan, tetapi mampu menguatkuasakannya di mahkamah," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS