Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kedutaan China nafi Beijing tak puas hati isu p’raya Malaysia

Beijing dikatakan mahu penjelasan kedutaannya di Kuala Lumpur susulan tingkah laku diplomatnya sebelum dan sejurus pilihan raya umum 9 Mei lalu selesai.

Menurut beberapa sumber, termasuk di kalangan diplomat, Beijing menyatakan rasa tidak senang terhadap penggunaan gambar Presiden China Xi Jinping dalam bahan kempen BN.

Selain itu, kedutaan juga didakwa gagal membuat kunjungan segera bagi menyampaikan tahniah kepada Perdana Menteri baru Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedutaan China bagaimanapun ketika dihubungi Malaysiakini menafkan dakwaan itu.

Sumber berkata MCA tidak patut menggunakan gambar presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai bersalam dengan Xi sebagai bahan kempen tanpa pengetahuan kedutaan.

Sumber juga berkata Beijing tidak gembira dengan tindakan duta Bai Tian yang membuat kunjungan rasmi di belakang negara pesaing mereka, Amerika Syarikat (AS) dan sekutunya.

Bai hanya bertemu Mahathir pada 24 Mei, dua minggu selepas istiadat angkat sumpah jawatan.

Mahathir menerima kunungan Sultan Brunei pada 14 Mei serta perdana menteri Singapura pada 19 Mei. Ini diikuti kunjungan Duta AS Kamala Shirin Lakhdhir pada 21 Mei.

Semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak, China menunjukkan minat mendalam terhadap projek-projek kemudahan asas di Malaysia.

Ini termasauk Laluan Kereta Api Pantai Timur (ECRL).

Syarikat China juga terlibat dalam pembinaan projek pelabuhan besar di Melaka yang didakwa sebahagian analisis, bertujuan mendaratkan kapal-kapal dari negara itu.

Ketika dihubungi, kedutaan China menolak dakwaan itu dan menyifatkannya sebagai “rekaan”.

“Ini cakap kosong. Rekaan semata-mata,” kata kedutaan.

Katanya, China dan Malaysia sudah lama menjadi rakan dan jiran dan persahabatan itu melampaui politk partisan.

“Ketika kerajaan baru dibentuk, Perdana Menteri China Li Keqiang telah mengucapkan tahiah kepada Mahathir. Kedutaan China juga segera menghubungi pegawai-pegawai kerajaan baru.

“Malaysia dan pegawai-pegawai atasan lain sudah menyatakan hasrat untuk mengekalkan hubungan China-Malaysia dan memperkukuhkan kerjasama.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS