Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
1MDB: SPRM serah kertas siasatan, AG meterai MLA
Diterbitkan:  Jun 12, 2018 6:13 PM
Dikemaskini: 11:03 AM

Jabatan Peguam Negara telah menerima kertas siasatan berkaitan 1MDB daripada SPRM petang tadi, kata Peguam Negara Tommy Thomas.

Sehubungan itu, katanya, beliau juga telah membentuk dua pasukan untuk meneliti kertas siasatan berkenaan.

"Untuk melaksanakan tugas kami dengan efektif, saya telah melantik satu pasukan untuk mengkaji kertas itu dengan tujuan untuk kemungkinan memulakan pendakwaan jenayah dan satu lagi untuk mengkaji memulakan prosiding sivil,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata anggota kedua-dua pasukan terdiri daripada timbalan pendakwa raya dan peguam kanan persekutuan berpengalaman yang akan melaporkan terus kepada beliau.

Namun katanya, Jabatan Peguam Negara memerlukan sedikit masa untuk mengkaji kertas siasatan tersebut tetapi menghargai tindakan segera dan sensitiviti tugasnya.

Selain itu, Thomas juga berkata beliau baru sahaja menandatangani permohonan Bantuan Perundangan Bersama (MLA) dengan empat negara dan berharap mendapat bantuan dan menjalin kerjasama dengan mereka.

Negara berkenaan ialah Switzerland, Amerika Syarikat, Perancis dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

"(Kami) berharap agar dapat mengambil tindakan lanjut serta menjalin kerjasama dengan pihak mereka," katanya lagi.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS