Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Reformasi pilihan raya bukan melalui mahkamah - MCA
Diterbitkan:  Jun 16, 2018 2:38 PM
Dikemaskini: 7:03 AM

Timbalan presiden MCA, Wee Ka Siong berkata usaha pemimpin DAP Liew Chin Tong untuk mereformasikan proses pilihan raya tidak boleh dilakukan melalui tindakan undang-undang di mahkamah.

"Liew berkata tujuan petisyen pilihan raya yang dikemukakannya adalah untuk menunjukkan ketidakwajaran prosedur tertentu semasa pilihan raya dan untuk mendorong pembaharuan sistem pilihan raya.

"Saya tidak faham rasional pembaharuan sistem pemilihan melalui proses kehakiman.

"Ia perlu dilakukan melalui Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan sistem pentadbiran," kata Wee dalam satu catatan di Facebook hari ini.

Menang tipis 303 undi

Wee dan Liew bertarung di kerusi parlimen Ayer Hitam pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (GE14), yang mana Wee menang tipis dengan 303 undi.

Kemudian, Liew memfailkan petisyen pilihan raya pada 12 Jun di Mahkamah Tinggi Johor Bahru untuk mencabar keputusan PRU14 bagi Ayer Hitam.

"Saya menang kerusi itu secara sah hasil komitmen dan kerja keras selama beberapa tahun di kawasan Ayer Hitam.

"Bagaimanapun, saya mengakui bahawa pihak yang kalah berhak mengajukan petisyen di mahkamah. Jangan bimbang, kebenaran akan terbukti, "kata Wee.

Beliau berkata akan meluangkan cuti rehat sempena sambutan Hari Raya ini untuk menyusun data dan statistik bagi menghentikan dakwaan pihak yang "berusaha keras untuk menjejaskan reputasinya" dan menghina pilihan pengundi beliau.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS