Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Setiausaha politik nafi KJ cuba pecah undi, bantu Zahid
Diterbitkan:  Jun 17, 2018 6:31 PM
Dikemaskini: 10:46 AM

Setiausaha Politik Khairy Jamaluddin Abu Bakar menafikan pandangan bahawa keputusan ketua Pemuda Umno itu bertanding jawatan presiden saat-saat akhir sebagai bertujuan memecahkan undi terhadap anggota Umno yang tidak menyokong Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Megat Fidouz Megat Junid berkata demikian ketika ditanya berhubung dakwaan di kalangan penyokong Tengku Razaleigh Hamzah bahawa tindakan Khairy itu untuk membantu Ahmad Zahid.

"Ini bukan percaturan politik atau percubaan memecahkan undi atau undi rosak. Ia untuk kepentingan parti," katanya kepada pemberita di ibu pejabat Umno di Kuala Lumpur hari ini.

Pemilihan Umno bakal menyaksikan jawatan presiden akan direbut oleh Ahmad Zahid, Tengku Razaleigh, Khairy dan seorang penulis blog yang tidak begitu dikenali Rahmat Azim Abdul Aziz.

Anggota Umno yang tidak menyokong Ahmad Zahid dilihat tidak berpuas hati dengan Khairy kerana tidak mengumumkan lebih awal sehingga menyebabkan mereka perlu meyakinkan Tengku Razalaigh untuk bertanding kerana tiada calon alternatif.

Justeru Megat Firdaouz berkata, dia sudah menarik semula borang pencalonan Khairy bagi jawatan naib presiden dan menyerahkan borang untuk jawatan presiden kira-kira dua jam sebelum penamaan calon ditutup pukul 5 petang tadi.

Semalam, Tengku Razaleigh mengumumkan akan mencabar Ahmad Zahid abagi jawatan presiden Umno.

Ditanya jika Khairy akan berpakat dengan pencabar lain dalam pemilihan Umno, Megat Firdouz menegaskan bahawa tiada pasukan berasingan dalam Umno.

"Tiada pasukan. Kita semua dalam pasukan Umno. Ini pertandingan dalam keluarga besar Umno. Tidak ada pasukan. Kita bertanding atas semangat kekeluargaan Umno," katanya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin Umno dilihat hadir pada sidang media pengumuman Tengku Razaleigh di kediamannya semalam.

Antaranya, bekas menteri besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan, Ketua Bahagian Umno Titiwangsa Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS