Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Lim ulangi gesaan tubuh IPCMC susulan penahanan Siti Kasim
Diterbitkan:  Jun 25, 2018 10:44 AM
Dikemaskini: 3:07 AM

Pemimpin DAP Lim Kit Siang mengulangi gesaan agar kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah laku Polis (IPCMC) berikutan penahanan peguam Siti Kasim.

Penahanan itu dibuat berikutan laporan polis yang melibatkan anak guamnya yang berusia 24 tahun, Anis Izzatty Ruslan.

Dalam satu kenyataan, anggota Parlimen Iskandar Puteri itu berkata 'penahanan salah' terhadap Siti membuktikan reformasi institusi di bawah kerajaan Pakatan Harapan baru menjadi agenda utama.

"Rakyat Malaysia tidak berminat mengecam polis kerana polis memainkan peranan penting dalam mana-mana masyarakat bertamadun.

"Apa yang mereka mahu ialah menginstitusikan dua hak asas yang harus dinikmati oleh semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, pangkat atau status sosio-ekonomi," kata Lim.

Beliau berkata penubuhan IPCMC akan memberi jaminan kepada orang ramai bahawa hak mereka untuk hidup dalam persekitaran yang bebas jenayah dan selamat akan terjamin.

Ini merupakan hak asasi mereka yang paling utama daripada segala dasar yang melibatkan ketelusan dan kebertanggungjawaban, kata Lim.

"Rakyat mahu pasukan polis yang berkesan dan cekap dan akan bekerjasama dengan pihak polis untuk memastikan keselamatan di rumah, di jalanan dan ruang awam.

"Inilah sebab mengapa IPCMC yang dicadangkan adalah penting," tegasnya.

Awal pagi semalam, Siti Kasim ditahan kerana didakwa menghalang tugas polis yang berusaha "menyelamatkan" Anis di kediamannya.

Tindakan itu dibuat selepas ibu Anis, membuat laporan terhadap pihak berkuasa agama dan polis mendakwa anaknya itu tidak stabil dari segi mental.

Anis bagaimanapun menafikan perkara itu dan mendakwa dia cuba mendapatkan perlindungan Siti daripada kawalan ibunya.

Siti ditahan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan di bawah Seksyen 186 akta yang sama.

Peguam itu bagaimanapun dibebaskan selepas permohonan polis untuk perintah tahanan reman selama empat hari ditolak Mahkamah Majistret Kajang.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS