Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyifatkan penggunaan bahasa Cina dalam kenyataan rasmi Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebagai kesilapan kecil.

“Ini kesalahan kecil. Saya tidak mahu jadikan isu. Kadang kala kita buat salah.

“Untuk audiens Cina, dia akan keluarkan (kenyataan) dalam bahasa Cina, itu saja,” katanya dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.

Beliau tidak menghuraikan lanjut maksud “kesilapan” itu.

Menjawab kritikan Facebook pro-BN, Friends of BN, Lim mempertahankan tindakannya mengeluarkan kenyataan tiga bahasa – Melayu, Inggeris dan Cina – ketika membincangkan isu Tun Razak Exchange, Khamis lalu.

Bagaimanapun, kenyataan Facebook yang dikeluarkannya malam tadi untuk mempertahankan kenyataan tiga bahasa itu dikeluarkan hanya dalam bahasa Cina, yang mencetuskan kritikan meluas.

Berdepan semua itu, Lim petang, melalui kenyataan dalam bahasa Melayu sahaja, menegaskan beliau mendukung dan mengutamakan kebangsaan tetapi akan menggunakan bahasa lain di media sosialnya.

Beliau juga berkata akan menggunakan Bahasa Mandarin dalam komunikasi bersama akhbar Cina.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS