Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Surcaj tarif dijangka tangani kerugian TNB'

Pengenaan surcaj tarif mulai separuh kedua tahun ini menghapuskan integriti berterusan ke atas mekanisme pelepasan kos, sekali gus menyaksikan penurunan kerugian harga saham Tenaga dapat ditangani.

Maybank Investment Bank Research (IB) berkata pasaran belum menerima sepenuhnya pendapatan yang mungkin turun dalam Tempoh Pengawalseliaan Kedua (RP2).

"Kami mengekalkan saranan 'simpan' ke atas Tenaga dengan harga sasaran tidak berubah sebanyak RM16," katanya dalam nota penyelidikannya.

Pengawal selia mengumumkan rebat tarif 1.52sen/kWh di Semenanjung Malaysia sedia ada ihentikan, dan surcaj tarif 1.35sen/kWh (berjumlah RM698 juta) akan dikenakan untuk separuh kedua tahun ini.

Maybank IB berkata ini merupakan kali pertama sejak pelaksanaan peraturan berasaskan insentif pada 2014 bahawa pengguna perlu membayar surcaj tarif, sekali gus mengurangkan kebimbangan mengenai integriti mekanisme pelepasan kos sudah berakhir,” katanya.

- Bernama


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS