Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Rasa tak puas hati terhadap Dr M di permukiman DAP’

Susulan pengumuman senarai penuh kabinet Pakatan Harapan semalam, adalah jelas bahawa sesetengah pihak dalam DAP adalah jauh dari gembira.

Malaysiakini difahamkan bahawa rasa tidak puas hati terhadap keputusan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ditimbulkan semasa sesi permukiman di sebuah hotel di Subang Jaya hujung minggu lalu.

Majlis mengangkat sumpah jawatan kabinet kumpulan kedua, berlangsung di Istana Negara, semalam.

Seramai 300 anggota parlimen DAP, ahli dewan undangan negeri, menteri persekutuan, ahli majlis eksekutif serta kader parti berkumpul untuk membincangkan senario politik selepas pasca PRU14.

Sumber memberitahu Malaysiakini bahawa bidasan itu timbul semasa mesyuarat memberi tumpuan kepada DAP Sabah, Sarawak dan Perak yang tidak diperuntukkan jawatan menteri yang dijanjikan selepas pilihan raya umum bulan lalu.

Bercakap dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan, dua dari mereka yang menghadiri permukiman itu mendakwa bahawa tidak seperti mesyuarat yang lalu, moral anggota agak rendah.

Adalah difahamkan bahawa wakil-wakil dari Sabah tidak berpuas hati dengan agihan jawatan menteri yang tidak sama rata antara parti itu di Sabah dan sarawak dengan Parti Warisan Sabah.

DAP Sabah memenangi tiga kerusi parlimen tetapi tidak mendapat sebarang jawatan menteri manakala Warisan, yang memenangi lapan kerusi Parlimen, diberi tiga jawatan menteri dan dua timbalan menteri.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chieng Jen terpaksa berpuas hati dengan jawatan timbalan menteri walaupun setiausaha agung parti Lim Guan Eng pernah menjanjikan beliau jawatan menteri penuh semasa kempen PRU14.

"Wakil rakyat Sabah mendawa mereka dipinggirkan. Dr Mahathir mahu memperkuatkan Warisan di Sabah.

“Bagaimana DAP Sabah kelak mahu berunding dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (yang juga Presiden Warisan)?" soal seorang sumber.

Bagi Sarawak, sumber berkata terdapat juga rasa tidak puas hati mengenai hubungan Dr Mahathir dengan Gabungan Parti Sarawak (yang terdiri daripada bekas parti-parti BN) dan keengganan perdana menteri untuk bertindak terhadap Yang di-Pertua Negeri, Tun Abdul Taib Mahmud, yang dituduh terbait dengan rasuah.

"Ini menjadikan akar umbi di Sarawak tidak selesa," kata sumber itu, sambil menambah bahawa soalan-soalan itu ditimbulkan tentang bagaimana DAP Sarawak harus bertindak menjelang pilihan raya negeri akan datang pada 2021.

Seorang wakil dari Sarawak, yang juga enggan namanya disiarkan, mempersoalkan alasan Chong hanya diberi jawatan timbalan menteri sedangkan beliau adalah pengerusi HARAPAN Sarawak manakala timbalan pengerusi Sarawak, Baru Bian dari PKR dijadikan menteri penuh.

Tambahan pula, beliau berkata Chong adalah anggota parlimen selama empat penggal sementara Baru hanya adalah ahli parlimen kali pertama.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS