Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
HARAPAN teragak-agak dengan janji mansuhkan BTN
Diterbitkan:  Jul 11, 2018 11:27 AM
Dikemaskini: 5:19 AM

Biro Tatanegara (BTN) sejak sekian lama menjadi sasaran kritikan oleh pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN) sehingga ia disenaraikan dalam manifesto pilihan raya umum ke-14 mereka sebagai antara program yang akan dimansuhkan.

Janji nombor 28 manifesto itu menyatakan bahawa HARAPAN "akan membubarkan Biro Tatanegara, yang selama ini secara aktif menjadi ejen politik murahan Umno."

Tetapi dengan Harapan kini menguasai Putrajaya, ternyata BTN mungkin tidak akan dimansuhkan.

Memetik sumber kakitangan awam yang tidak dinamakan, The Malaysian Insight melaporkan bahawa Putrajaya kini mahu "menyusun semula" biro itu menjadi program baru kepada kakitangan kerajaan.

"Mereka mengkaji sukatan Jepun untuk meningkatkan produktiviti. BTN akan digunakan sebagai program untuk meningkatkan produktiviti perkhidmatan awam," kata sumber itu.

Portal itu juga menemui Ketua Pengarah BTN, Tan Sri Ibrahim Saad, yang berkata kerajaan baru-baru ini menggantung biro itu dan masih belum membuat sebarang keputusan mengenai masa depannya.

"Pada masa ini, semua kegiatan BTN telah digantung. Kami menunggu arahan selanjutnya dari Jabatan Perdana Menteri... Akan ada penilaian terhadap tenaga kerja dan penstrukturan semula," kata Ibrahim yang dipetik sebagai berkata.

Ibrahim (gambar) tidak menyatakan secara jelas bila penggantungan itu berkuatkuasa.

Rasionalisasi struktur yang dijalankan kerajaan mengekalkan agensi kerajaan itu bawah Jabatan Perdana Menteri, bertentangan dengan manifesto Pakatan Harapan (HARAPAN) pada PRU ke-14.

Ia menimbulkan kritikan beberapa pihak termasuk ADUN Bukit Tengah dari PKR, Gooi Hsiao Leung, yang menyifatkan ia sebagai "raksasa ciptaan BN yang perlu dibunuh.

Beliau bagaimanapun setuju jika kerajaan mengubah matlamat BTN kepada pengukuhan perpaduan negara.

Malah baru dua hari lalu Menteri Belia dan Sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman mengatakan agensi itu akan dimansuhkan dalam masa terdekat.

BTN sebelum ini dikritik banyak pihak antaranya pembangkang dahulu yang antara lain menyifatkan agensi kerajaan itu menjadi alat politik BN bagi menanam kesetiaan terhadap mereka serta menghalang perpaduan kaum.

Lihat Komen
ADS