Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
'Bencana akan kerap landa Jepun, korban banjir cecah 200'
Diterbitkan:  Jul 12, 2018 9:46 PM
Dikemaskini: 1:50 PM

GLOBAL | Jepun berisiko kerap menerima cuaca buruk dan perlu mencari jalan untuk menghadapinya, kata jurucakap kerajaan hari ini, lapor Reuters.

Hujan lebat di barat Jepun menyebabkan bencana cuaca terburuk di negara itu dalam tempoh 36 tahun, mengorbankan 200 nyawa.

Hal ini walaupun banyak masyarakat yang telah tinggal selama beberapa dekad di lereng gunung dan dataran yang sebahagian besarnya tidak terganggu oleh ribut, lapor Reuters lagi.

Menurut laporan itu, cuaca yang teruk telah melanda negara ini lebih kerap sejak beberapa tahun kebelakangan ini, menimbulkan persoalan mengenai kesan pemanasan global. Puluhan orang terbunuh dalam bencana yang sama tahun lepas.

"Ini adalah fakta yang tidak dapat dinafikan bahawa bencana seperti ini disebabkan hujan yang tidak pernah berlaku sebelum ini telah menjadi lebih kerap dalam beberapa tahun kebelakangan ini," kata Ketua Setiausaha Kabinet Yoshihide Suga pada sidang akhbar di Tokyo.

Tugas k'jaan selamat nyawa

Beliau berkata menyelamatkan nyawa merupakan tugas paling besar kerajaan.

"Kami sedar terdapat keperluan untuk melihat langkah-langkah yang boleh kami ambil untuk mengurangkan kerosakan daripada bencana seperti ini walau hanya sedikit," katanya dipetik Reuters.

Bagaimanapun, beliau tidak menyatakan langkah-langkah kerajaan itu.

Lebih 200,000 orang terputus bekalan air dan ribuan orang kehilangan tempat tinggal.

Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe semasa berkunjung ke Kurashiki pada Khamis berjanji akan menyediakan bantuan secepat yang mungkin.

Operasi mencari dan menyelamat melibatkan 70,000 anggota pasukan tentera, polis dan bomba.

Pada 7 Julai lalu, kerajaan itu mengeluarkan perintah evekuasi terhadap 4.72 juta orang.

Lihat Komen
ADS