Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Isu UEC: NGO ancam demo depan Kementerian Pendidikan
Diterbitkan:  Jul 13, 2018 3:14 PM
Dikemaskini: 7:28 AM

Kumpulan antipengiktirafan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) di sekolah persendirian Cina hari ini mengancam mengadakan perhimpunan besar-besaran di Kementerian Pendidikan, Putrajaya.

Langkah itu bagi menyatakan penolakan mereka terhadap rancangan kerajaan mengiktiraf sijil itu, yang membolehkan ia digunakan bagi memasuki universiti dan sektor perkhidmatan awam.

Majlis Pembangunan Pendidikan Islam Malaysia (MAPPIM) dan Gabungan 300 NGO Islam Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) bagaimanapun tidak menyatakan rancangan khusus untuk perhimpunan itu.

“MAPPIM dan UMMAH serta pelbagai gabungan NGO akan terus mendesak bagi membantah dan bersedia untuk menggerakkan himpunan bantahan rakyat secara besar-besaran di Kementerian Pendidikan Putrajaya.

“Pihak kami juga sedang bersedia bersama-sama pasukan peguam untuk mengambil tindakan bagi mengkaji serta menghalang secara undang-undang sekiranya perlaksanaan UEC diteruskan,” katanya.

Manifesto Pakatan Harapan berjanji supaya UEC boleh digunakan untuk memasuki institut pendidikan tinggi awam dengan syarat pemohon mempunyai kredit dalam Bahasa Melayu di peringkat SPM.

Menteri Pendidikan Maszlee Malik semalam berkata kerajaan tidak membuat “pusingan u” apabila merancang mengiktiraf UEC.

Dalam kenyataan hari ini, Ketua Eksekutif Mappim Mohd Zai Mustafa menyifatkan kenyataan Maslee itu sebagai angkuh dan sombong.

Ia juga, katanya, menunjukkan beliau terikat dengan dengan telunjuk dan desakan “pihak-pihak tertentu” dalam Pakatan Harapan.

“Menteri Pendidikan diingatkan supaya semua keputusan yang akan dilaksanakan mestilah secara berhemah dan lebih berhati-hati dengan mengambil kira peruntukan Perlembagaan Persekutuan dan akta yang berkaitan dengan pendidikan, bahasa kebangsaan serta sensitiviti majoriti rakyat di negara ini.

“Kami mengulangi pendirian bahawa perlaksanaan UEC akan membawa kemudaratan kepada sistem pendidikan di negara ini serta akan menghancurkan perpaduan kaum yang selama ini telah dihormati,” katanya.

Lihat Komen
ADS