Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images

PARLIMEN | Aturan kerusi pembangkang di Dewan Rakyat hari ini menunjukkan Presiden Umno Datuk Seri Zahid Hamidi dinamakan sebagai Ketua Pembangkang Parlimen.

Ini kerana anggota parlimen Bagan Datuk itu akan duduk di kerusi pertama pada barisan pembangkang Dewan Rakyat.

Difahamkan beliau akan duduk bersebelahan dengan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Pada kerusi kerajaan, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan Timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail akan mengetuai anggota parlimen parti pemerintah.

Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kini bercuti sakit selama sebulan akan mengambil tempat bersebelahan dengan TPM dan diikuti Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pertahanan Mohamad Sabu.

Menteri Pengangkutan Antony Loke akan duduk di belakang perdana menteri, kata Lim Swee Kuan, setiausaha akhbar Guan Eng pada hantaran media sosial hari ini.

Ketika ditemui di lobi Parlimen, Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa mengesahkan partinya menamakan Zahid sebagai Ketua Pembangkang.

Dipercayai Parlimen akan memuatnaik gambarajah kedudukan kerusi di Dewan Rakyat pada laman rasminya hari ini.

 

Lihat Komen
ADS