Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Speaker Dewan Rakyat Datuk Mohamad Ariff Md Yusof telah meletakkan kesemua jawatan dalam Parti Amanah Negara (AMANAH) sejak 1 Julai lalu.

Perkara itu didedahkan oleh setiausaha agung parti itu Anuar Tahir hari ini, selepas Ariff mengangkat sumpah jawatan di parlimen.

“Beliau telah menyerahkan Surat untuk letakkan jawatan kepada saya sebagai setiausaha (agung) AMANAH.

“Beliau meletakkan semua jawatan yang beliau pegang.

“Beliau dengan rendah hatinya lepaskan semua jawatan.

"Dan kami, parti AMANAH telah menerima semua peletakan (jawatan) yang beliau buat,” kata Anuar.

Justeru, kata Anuar, beliau kini seorang anggota biasa parti gabungan Pakatan Harapan itu.

Menurutnya, Ariff sebelum ini menjadi anggota Majlis Penasihat Pakar AMANAH merangkap pengerusi lembaga disiplin dan tata tertib.

Lihat Komen
ADS