Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
SPRM tumpu siasatan terhadap 16 plot tanah DBKL, kata MP DAP

SPRM menumpukan siasatan terhadap 16 plot tanah milik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) yang didakwa dijual tanpa tender terbuka semasa tempoh bekas Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Sebelum ini SPRM menyiasat 64 plot tanah.

Menurut Ahli Parlimen Kepong, Lim Lip Eng, perkembangan terbaru disampaikan kepadanya oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Mohd Amin Nordin Abdul Aziz.

Sehingga minggu lepas, 48 ​​plot telah dibersihkan oleh SPRM.

"Mereka telah membersihkan DBKL daripada semua salahlaku ... walaupun dijual tanpa tender terbuka dan di bawah harga pasaran.

"Dengan (baki) 16 plot, terdapat beberapa isu berkaitan hakmilik tanah dan pembayaran - 10 yang belum dibayar sepenuhnya dan hakmilik tanah mereka tidak dipindahkan (kepada pembeli) lagi," kata Lim kepada Malaysiakini ketika dihubungi semalam.

Ahli Parlimen DAP itu menambah bahawa 10 plot itu berjumlah kira-kira 118 ekar dan harga jualan sebanyak RM16.03 juta.

Malaysiakini menghubungi SPRM untuk mendapatkan komen lanjut.

Walaupun tidak mshu menyatakan plot yang masih dalam siasatan, Lim memberi jaminan bahawa nama "pihak yang tidak bersalah" akan dibersihkan oleh SPRM.

Tetapi, katanya, mereka yang terlibat akan berdepan dengan tindakan

Pada bulan Mei, Lim membuat laporan kepada SPRM terhadap Tengku Adnan, menggesa siasatan ke atas dakwaan penglibatan ahli politik Umno itu dalam penjualan tanah DBKL antara 2013 dan 2018.

Beliau juga mendakwa beberapa plot telah dipindahkan kepada Yayasan Wilayah Persekutuan, sebuah yayasan yang sebelumnya dipengerusi Tengku Adnan, sebelum dijual kepada pemaju swasta.

Tengku Adnan telah menafikan sebarang salah laku dalam urusan tanah yang dipersoalkan itu.

[Baca berita penuh]

 


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS