Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
S'wak perkecil dakwaan kaitan Taib dengan Petros
Diterbitkan:  Jul 22, 2018 10:00 PM
Dikemaskini: 2:02 PM

Kerajaan Sarawak memperkecilkan suatu laporan yang mendakwa Yang di-Pertua Negeri Tun Abdul Taib Mahmud terlibat dalam Petroleum Sarawak (Petros), entiti milik negeri yang dikatakan menjadi kaedah pentadbiran itu mendapatkan kembali hak minyak Sarawak.

Pejabat Ketua Menteri Sarawak dalam kenyataanya hari ini merujuk artikel Sarawak Report berjudul: "Taib's Secret Interest in Sarawak's Petros Venture".

"Dengan merujuk kandungan artikel itu, pejabat ini mahu menjelaskan Petros, syarikat minyak negeri dan penyelia aturan bersama industri minyak dan gas di Sarawak tidak ada kaitan dengan usaha sama di Oman sebagaimana yang didakwa dalam artikel berkenaan," kata kenyataan itu.

Sarawak Report berkata Ketua Menteri Sarawak Datuk Patinggi Abang Johari Openg pada Januari tahun ini telah pergi ke Oman bagi menandatangani memorandum persefahaman (MOU) dengan Petrotel Energy Oman (Petrotel), yang sebelum ini dilaporkan sebagai entiti usaha sama yang melibatkan keluarga Taib.

Times of Oman pada 2016 menerbitkan laporan yang menyebut South Sea Energy merupakan rakan kongsi utama dalam usaha sama dengan Petrotel. Laporan itu juga mengatakan Naib Presiden Eksekutif South Sea Energy ialah Mahmud Abu Bekir Taib.

'MOU telah luput'

Laporan itu berkata pada majlis menandatangani perjanjian antara South Sea Energy dan Nizwaz Bank untuk kemudahan pinjaman, Abu Bekir dan ayahnya, Taib hadir.

Sarawak Report berkata South Sea Energy juga merupakan salah satu pihak yang menandatangani MOU antara Petros dengan Petrotel pada awal tahun ini.

Tetapi kali ini, South Sea Energy diwakili oleh pengarah eksekutif Tiong Kiong King, anak ahli perniagaan Tiong Hiew King yang dikatakan menjadi sekutu Taib.

Bagaimanapun, kerajaan Sarawak berkata MOU tersebut telah luput dan ia hanyalah "semata-mata persefahaman untuk Petros membantu sekiranya syarikat itu berhasrat melabur di Sarawak".

Kerajaan negeri juga menuduh Sarawak Report cuba memburuk-burukkan imej Petros.

Lihat Komen
ADS