Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
Maszlee enggan ulas isu MyBrain, SMPC di Sg Kandis

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik enggan menjawab sebarang soalan mengenai peruntukan kepada sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) dan program MyBrain.

Bercakap kepada pemberita, kehadirannya di Sungai Kandis adalah bagi menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (HARAPAN) Mohd Zawawi Ahmad Mughni dan meminta isu itu tidak ditanya pada masa ini.

“Tak, tak (hanya komen) mengenai Pilihan Raya Kecil (PRK), OK, terima kasih,” katanya kepada pemberita.

Ketika ditanya mengenai program MyBrain iaitu skim pembiayaan pendidikan oleh Kementerian Pendidikan untuk Sarjana (Master) dan Kedoktoran (PHD) yang ditangguhkan, Maszlee berkata:

“Akan dibuat kenyataan, tapi sekarang tolong ambil kenyataan saya, kita sokong penuh Zawawi berada dalam DUN Selangor,” katanya sebelum berlalu pergi.

Maszlee berkata demikian kepada pemberita di Program Kesihatan Percuma di Sekolah Rendah Agama Ainani, Sri Andalas, Klang hari ini.

Pada awalnya sebelum ini Maszlee berkata SMPC tidak akan mendapat peruntukan kerajaan menerusi jawapan bertulis kepada Datuk Seri Wee Ka Siong (BN-Ayer Hitam) di parlimen.

Susulan itu, wakil rakyat daripada DAP membidas jawapan menteri pendidikan itu.

Anggota Parlimen Ipoh Timor Wong Kah Woh mengingatkan Maszlee bahawa kerajaan HARAPAN sebelum ini menyokong SMPC dan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC).


Baca: DAP bidas Maszlee tak beri peruntukan pada sekolah persendirian Cina


Sehari selepas menerima kritikan DAP, Maszlee berkata kerajaan berjanji akan memberikan peruntukan kepada SPMC.


Baca: Kini Maszlee kata SMPC boleh dapat peruntukan


Kenyataan itu pula menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa pihak termasuk PAS yang menyifatkan HARAPAN kini semakin ketara mengikut kehendak DAP.

Maszlee terus menerima kritikan apabila dalam satu program bual bicara beliau mengumumkan penangguhkan program MyBrain.

Beliau mendakwa, kerajaan terdahulu meninggalkan hutang begitu banyak dan kerajaan HARAPAN kini tidak berupaya meneruskan biasiswa berkenaan.

Beberapa pihak mempertikai keputusan kementerian pendidikan untuk menyalurkan peruntukan kepada SMPC yang tidak mengikut sistem pendidikan kebangsaan, tetapi pada masa sama menangguhkan program MyBrain.


Baca: 'Beku biasiswa MyBrain tindas rakyat'


MyBrain merupakan inisiatif kerajaan di bawah pentadbiran BN.

Ia bertujuan meningkatkan jumlah pemegang Ijazah Kedoktoran (PhD) dan Ijazah Sarjana (Master) bagi mencapai sasaran 60,000 pemegang PhD dan Master di Malaysia menjelang tahun 2023.

Dalam Bajet 2018, sebanyak RM90 juta diperuntukkan kepada Kementerian Pendidikan untuk program berkenaan.

Lihat Komen
ADS