Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
M'sia tawar bantuan SAR gempa di Lombok, kata TPM
Diterbitkan:  Jul 29, 2018 6:44 PM
Dikemaskini: 10:46 AM

Kerajaan Malaysia menerusi Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) bersetuju menawarkan bantuan mencari dan menyelamat (SAR) serta pemulihan bagi mangsa kejadian gempa bumi di Nusa Tenggara Barat dan Lombok yang berlaku pagi tadi.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata kerajaan akan menunggu maklum balas daripada kerajaan Indonesia berhubung bentuk bantuan yang dikehendaki mereka.

"Setakat ini, tiada permintaan (bantuan SAR atau pemulihan) daripada pihak Indonesia, tetapi kita tawarkan bantuan itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri jamuan teh bersama jentera PKR bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Kandis di Shah Alam hari ini.

Turut hadir calon PKR bagi PRK berkenaan, Mohd Zawawi Ahmad Mughni.

Dr Wan Azizah berkata demikian ketika mengulas kejadian gempa bumi kuat yang berlaku di Nusa Tenggara Barat dan Lombok pagi ini, yang turut mengorbankan seorang rakyat Malaysia dikenali sebagai Siti Nur Ismawida Ismail berusia 30 tahun.

Mangsa dilaporkan menyertai 17 warga Malaysia lain dalam misi pendakian ke gunung berapi Rinjani di Lombok Timur, ketika kejadian.

Menurut Ketua Polis Lombok Timur, M.Eka Fahurrahman, mangsa terkorban akibat ditimpa runtuhan tembok bangunan.

"Sebanyak 18 warga Malaysia dalam misi mendaki Gunung Rinjani, enam cedera manakala yang lain selamat," kata M. Eka Fahurrahman.

Sementara itu, Dr Wan Azizah yang juga Presiden PKR berkata Siti Nur Ismawida merupakan anggota PKR yang berasal dari Desa Pandan, Kuala Lumpur.​​​​​​​

Dalam perkembangan lain, timbalan perdana menteri menyatakan bahawa kerajaan telah menghantar 22 pegawai bagi melaksanakan misi bantuan kemanusiaan di Laos yang dilanda banjir besar akibat ribut tropika Son-Tinh, baru-baru ini.

Laos dilaporkan dilanda bencana apabila empangan hidro yang sedang dibina di negara itu pecah, menyebabkan sebahagian besar kawasan tenggelam.

- Bernama

Lihat Komen
ADS