Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Bekas menteri pembangunan luar bandar Datuk Seri Ismail Sabrina Yaakob dalam proses menyelesaikan samannya terhadap Sabah Publishing House Sdn Bhd dan editor Daily Express berhubung laporan telur penyu dua tahun lalu.

Naib presiden Umno itu memfailkan saman berkenaan berhubung tiga artikel yang disiarkan Daily Express yang mendakwa telur penyu dihidangkan kepada beliau di sebuah majlis Umno di Sabah pada 2015.

Peguam Samsinaralia Sahar yang mewakili Ismail memaklumkan perkara itu kepada wartawan selepas beliau menyertai peguam Bhag Singh yang mewakili penerbitan berkenaan untuk pengurusan kes.

Susulan itu Pesuruhjaya Kehakiman Darryl Goon menetapkan 24 Ogos sebgai tarikh seterusnya untuk penyelesaian kes.

"Kami sedang melihat untuk menyelesaikan kes secara baik," kata Samsinaralia.

Dalam samannya pada Mac tahun lalu, Ismail, antara lain mendakwa artikel berkenaan menggambarkan beliau mengabaikan tanggungjawab dan tidak menghormati Akta Perlindungan Hidupan Liar 1967.

Sabah Publishing House, dalam pembelaannya, mendakwa artikel berkenaan tidak memberi gambaran salah dan menafikan ia dibuat atas niat jahat terhadap menteri berkenaan serta mencabar Ismail mengemukakan bukti dakwaannya.

Tiga artikel berkenaan disiarkan antara 24 Jan dan 9 Sept 2015. Ismail memfailkan sama pada 20 Mac tahun lalu.

Ismail yang juga merupakan anggota parlimen Bera mendakwa Daily Express menyiarkan laporan berkenaan tanpa meminta ulasan atau pendapatnya.

Selain itu, Ismail turut mendakwa media berkenaan tidak mendapatkan pengesahan daripada jabatan kerajaan yang relevan sama ada.

Dalam samannya, Ismail menuntut RM10 juta sebagai pampasan kerosakan dan teladan serta injunksi agar media berkenaan tidak mengulangi kesilapan sama.

Sabah Publishing House, dalam pembelaannya, mendakwa laporan mereka tidak salah serta menafikan mempunyai niat tidak baik terhadap Ismail serta mencabar bekas menteri itu mengemukakan bukti atas tuduhannya.

Syarikat berkenaan juga menafikan menyiarkan artikel berkenaan tanpa meminta ulasan Ismail dan mendakwa mendapat pengesahan daripada pelbagai jabatan kerajaan.

[Baca berita asal]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen
ADS