Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Mahkamah bebaskan Jamal dengan ikat jamin RM20,000
Diterbitkan:  Jul 31, 2018 5:15 PM
Dikemaskini: Aug 1, 2018 4:05 AM

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini membenarkan Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos dibebaskan dengan ikat jamin RM20,000 selepas tertuduh membuat permohonan semakan jaminan.

Hakim Datuk Yazid Mustafa yang membuat keputusan itu turut memerintahkan supaya jaminan berkenaan dibuat oleh tiga penjamin.

Timbalan Pendakwa Raya Mohd Fairuz Johari dan Fatin Hadni Khairuddin mewakili pihak pendakwaan manakala Jamal diwakili peguam yang diketuai oleh Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dan dibantu oleh Datuk Mohd Imran Tamrin.

Yazid dalam penghakimannya yang menyemak keputusan Mahkamah Majistret Ampang semalam yang membatalkan perintah ikat jamin yang diberikan kepada Jamal bagi dua pertuduhan menceroboh premis berkata beliau mengambil kira fakta dan keadaan kes bagi pertuduhan melarikan diri dari hospital.

Hakim itu  turut bersetuju dengan hujahan peguam bahawa bagi kesalahan menurut Seksyen 448 Kanun Keseksaan iaitu dua pertuduhan menceroboh premis dan juga berdasarkan kes lain di mahkamah, beliau mendapati majistret tidak mempunyai sebarang budi bicara untuk membatalkan jaminan yang telah diberikan walaupun mendapati penjelasan pemohon (Jamal) tidak memuaskan semalam.

“Berasaskan alasan ini, saya membenarkan jaminan sebanyak RM5,000 bagi setiap satu kes  di bawah Seksyen 448 dengan dua orang penjamin yang berlainan,” katanya.

Jamal membayar wang jaminan itu dan dibebaskan hari ini.

Semalam, Mahkamah Majistret Ampang membatalkan perintah ikat jamin terhadap Jamal bagi dua pertuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas, di sini, dua tahun lalu.

Bagi tuduhan menceroboh, Jamal didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas didapati melakukan pencerobohan di Kedai Happy Toys, No. 23, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas, di Kuala Lumpur.

Dia juga didakwa bersama seorang yang telah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan sama di Kedai Starcom Trading and Services No. 23&25, Jalan Kosas 13, di taman sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara  3.30 dan 3.40 petang, 29 Dis 2016 mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada 5 Julai lalu, Jamal mengaku tidak bersalah atas tuduhan melarikan diri daripada jagaan pihak polis yang menahannya secara sah di sisi undang-undang mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Sebelum ini, Mahkamah Majistret Ampang di Kuala Lumpur, menarik balik perintah ikat jamin terhadap Jamal bagi pertuduhan menceroboh dua premis perjudian di Taman Kosas, di Kuala Lumpur, dua tahun lalu.

Pihak pendakwaan memohon perintah ikat jamin itu ditarik balik kerana khuatir Jamal akan melarikan diri sekali lagi.

Jamal didakwa bersama-sama empat lagi yang masih bebas didapati melakukan pencerobohan di Kedai Happy Toys, No. 23, Jalan Kosas 1/2, Taman Kosas, di Kuala Lumpur.

Dia juga didakwa bersama seorang yang telah dituduh dan seorang lagi yang masih bebas melakukan perbuatan sama di Kedai Starcom Trading and Services No. 23&25, Jalan Kosas 13, di taman sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan antara jam 3.30 dan 3.40 petang, 29 Dis 2016 mengikut Seksyen 448 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Jamal, yang juga Pengerusi Gabungan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Malaysia, turut didakwa dengan sengaja telah melepaskan diri daripada jagaan pihak polis yang menahannya secara sah di sisi undang-undang.

Dia dituduh melakukan kesalahan itu di Hospital KPJ Ampang Puteri antara jam 2 dan 3 petang, 25 Mei lalu mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Lihat Komen
ADS