Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan ambil pendekatan holistik perkasa mahkamah syariah

PARLIMEN | Kerajaan akan mengambil pendekatan menyeluruh bagi memperkasa mahkamah syariah, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Mujahid Yusof Rawa hari ini.

Beliau berkata demikian di Dewan Rakyat sewaktu menggulung perbahasan titah Yang di-Pertuan Agong selepas Datuk Takiyuddin Hassan (PAS-Kota Bharu) mencelah meminta jaminan daripada menteri bahawa pindaan Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 sebagaimana usul (yang dibawa presiden PAS) diterima Dewan Rakyat.

Mujahid berkata usul Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang tidak sesuai bagi kerangka mahkamah syariah dan tidak holistik (bersifat menyeluruh).

Menurutnya, sebelum melihat isu meningkatkan hukuman syariah, pihak kerajaan perlu melihat isu kecekapan hakim dan pendakwa raya mahkamah syariah

"Kami akan cuba terapkan, kami lebih lihat isu pemerkasaan mahkamah syariah secara holistic," katanya, sambil menambah sistem mahkamah syariah tidak memiliki infrastruktur untuk mengendalikan peningkatan jumlah hukuman itu.

Oleh itu, Mujahid berkata kerajaan akan mengkaji cadangan untuk memperbaiki bidang kuasa mahkamah syariah.

AMANAH cadang 3 RUU

Pada bulan Oktober tahun lepas, AMANAH dalam konvensyen parti itu untuk membentang tiga rang undang-undang anggota persendirian, iaitu RUU Jenayah Kebencian Kaum dan Agama, RUU Kesaksamaan dan RUU Suruhanjaya Keharmonian Nasional

Ketiga-tiga rang undang-undang itu dirumuskan untuk menangani jenayah kebencian berdasarkan kaum dan agama, kesamarataan kaum serta keharmonian negara.

Pentadbiran BN sebelum ini memberikan tiga kesempatan yang membolehkan Hadi membentangkan rang undang-undang untuk meminda Akta 355.

Pada kesempatan ketiga pada April tahun lepas, Dewan Rakyat menangguhkan pembentangan dan berkata ia akan dibahaskan pada sesi berikutnya.

Hadi berhasrat untuk menaikkan hukuman bagi kesalahan syariah kepada penjara 30 tahun, denda RM100,000 dan 100 sebatan rotan, berbanding hukuman sekarang yang memperuntukkan penjara tiga tahun, denda RM5,000 dan enam sebatan.

Pengkritik berpendapat bahawa rang undang-undang Hadi merupakan permulaan kepada pelaksanaan undang-undang hudud.

Beberapa negeri seperti PAS yang memerintah Kelantan sudah mempunyai enakmen undang-undang yang menetapkan hukuman hudud seperti pemotongan bahagian badan dan hukuman mati dengan rejaman batu.

Walau bagaimanapun, mereka tidak boleh melaksanakannya melainkan undang-undang persekutuan dipinda terlebih dahulu seperti apa yang sedang dilakukan melalui RUU 355.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS