Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

GLOBAL | Bekas sami Buddha warga Thailand yang dikecam hebat susulan kehidupan mewahnya dijatuhkan hukuman penjara 114 tahun hari ini selepas mahkamah mensabitkannya dengan kesalahan penipuan, pengubahan wang haram dan jenayah siber.

Wirapol Sukhpol yang dilihat di klip video di YouTube pada 2013 memegang sejumlah wang menaiki jet peribadi dalam perjalanan pulang ke Thailand pada 2007 selepas diekstradisi dari AS.

Wirapol yang sebelum ini dikenali dengan nama Luang Pu Nenkham, disingkir dari kuil buddhanya pada 2013 selepas video berkenaan tersebar. Dia antara lain dituduh mengadakan hubungan seksual - yang merupakan kesalahan besar bagi sami - dengan gadis bawah umur. Setelah itu dia melarikan diri ke AS.

Mahkamah jenayah di Bangkok menjatuhkan hukuman 114 tahun penjara ke atas Wirapol. Bagaimanapun, dia hanya akan menjalani 20 tahun penjara kerana undang-undang Thailand menetapkan tempoh berkenaan sebagai tempoh maksimum bagi seseorang yang didapati bersalah untuk beberapa kali bagi kesalahan sama.

"Dia terlibat dalam penipuan dengan mendakwa mempunyai kuasa istimewa untuk menyembuhkan orang dan dia juga membeli banyak kereta mewah yang dianggap dari kesalahan pengubahan wang haram," kata seorang pegawai di Jabatan Litigasi Khas kepada Reuters. Pegawai berkenaan bagaimanapun enggan namanya didedahkan kerana dia tidak mempunyai kebenaran bercakap kepada media.

"Mahkamah mendapati dia bersalah atas beberapa kesalahan yang membawa hukuman 114 penjara jika dijumlahkan kesemuanya, yang bererti dia akan dipenjara 20 tahun (mengikut undang-undang Thailand)," katanya.

Wirapol dan peguamnya tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan ulasan. Wirapol berdepan tuduhan berasingan mencabul dan menculik kanak-kanak. Keputusan kes dijangka akan dibacakan pada Oktober.

Kes berprofil tinggi Wirapol menyorot semula siri skandal wang dan seksual yang tercetus di kalangan sami Buddha di Thailand kebelakangan ini, yang menyebabkan gesaan untuk pembaharuan institusi keagamaan.

Kerajaan tentera yang berkuasa selepas kudeta pada 2014 dilihat meningkatkan usaha membendung Buddhism dengan menangkap sami yang terlibat dalam skandal rasuah dan memperkenalkan rang undang-undang bagi mengurangkan pengaruh Majlis Sangha Supreme - badan yang mentadbir sami Buddha.

(Laporan oleh Panarat Thepgumpanat & Panu Wongcha-um Disunting oleh Amy Sawitta Lefevre, Robert Birsel).

- Reuters

Lihat Komen
ADS