Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Irwan Serigar nafi k'jaan BN 'rompak' bayaran balik GST
Diterbitkan:  Aug 9, 2018 5:02 PM
Dikemaskini: 9:06 AM

Bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Tan Sri Mohd Irwan Serigar Abdullah menafikan dakwaan Menteri Kewangan Lim Guan Eng bahawa kerajaan BN dulu 'merompak' RM18 bilion yang sepatutnya untuk bayaran balik GST.

Irwan berkata wang itu dimasukkan dahulu dalam akaun kumpulan wang disatukan dan jumlah bagi bayaran balik dimasukkan dalam akaun amanah secara bulanan berdasarkan keperluan Jabatan Kastam, hasil audit terhadap tuntutan bayaran balik dan kedudukan hasil kerajaan.

Beliau berkata ia selepas mesyuarat pengurusan aliran tunai kerajaan persekutuan yang diadakan setiap bulan.

"Setiap sen dikira, ia adalah duit rakyat, lebih penting ia berada dalam Kumpulan Wang Disatukan, kemudian bila diperlukan, ia akan dikeluarkan," katanya seperti dilapor Utusan Malaysia, hari ini.

Beliau mengulas dakwaan Lim semalam bahawa kerajaan telah menyalahgunakan RM18 bilion daripada RM19.4 bilion bayaran balik GST yang telah dikutip sejak sistem itu diperkenalkan.

Menurut Lim, ia menyebabkan bayaran balik kepada peniaga yang sepatutnya dibuat dalam masa dua minggu, tertangguh sehingga dua tahun.

Lim juga mendakwa wang tersebut digunakan untuk menutup defisit, membiayai projek pembangunan dan untuk membuat "apa yang mereka suka".
 

Lihat Komen
ADS