Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Orang asli minta campur tangan PM selesai kemelut tanah di Kelantan

Sejumlah 200 Orang Asli dari Gua Musang, Kelantan, berkumpul di luar Jabatan Perdana Menteri pagi ini untuk meminta Tun Dr Mahahtir Mohamad campur tangan dalam kemelut tanah yang dihadapi mereka.

Mereka berbuat demikian selepas mendakwa kerajaan Kelantan tidak mengendahkan usaha mereka berhubung pengiktirafan tanah adat.

Salinan memorandum mereka diterima Setiausaha Politik Mahathir, Abu Bakar Yahya.

Jurucakap kumpulan orang asli Nik Mohd Syafiq Dendi Abdullah berkata, kerajaan negeri tidak memberikan maklum balas sejak pertemuan pertama mereka pada 2013.

"Sejak (2013) sehingga sekarang tiada tindakan atau pemakluman daripada kerajaan negeri untuk menyelesaikan isu tanah kami.

"Walaupun hakikatnya kami mewakili Orang Asli yang tinggal di kawasan itu dan lebih memahami keadaan kami sendiri," katanya yang merupakan pengerusi Belia Jaringan Kampung Orang Asli Kelantan (JARINGAN).

Nik Mohd Syafiq (gambar) juga berkata kerajaan Kelantan bertegas dengan pendirian bahawa JARINGAN adalah NGO tidak berdaftar.

Mengulas lanjut, Nik Mohd Shafiq berkata mereka tidak diberi pilihan lain selain mendirikan sekatan sejak 18 Februari lalu.

Beliau berkata, keadaan yang dihadapi Orang Asli hari ini akibat keengganan kerajaan negeri mengiktiraf konsep tanah adat.

Hujah kerajaan negeri bahawa tanah adat tidak wujud di Kelantan perlu ditolak kerana ia berpunca daripada "kejahilan" terhadap kewujudan nenek moyang mereka di sana sejak beribu tahun yang lalu, katanya lagi.

JARINGAN antara lain menggesa kerajaan persekutuan untuk menyiasat syarikat yang terlibat dengan kegiatan pembalakan di kawasan mereka, hentikan semua kegiatan syarikat swasta di sana, serta menubuhkan Tribunal Tanah Adat sebagai usaha ke arah pengiktirafan rasmi terhadap hak mereka.

Kumpulan itu dijadual bertemu Mahathir tengah hari ini untuk membincangkan tuntutan itu dengan lebih lanjut.

Pada 4 Ogos lalu, sebuah syarikat perladangan durian Musang King didakwa merobohkan sekatan yang dibina masyarakat Temiar di Gua Musang.

Kejadian itu di sebalik langkah Timbalan Menteri Pembangunan Luar Bandar Sivarasa Rasiah untuk melawat tapak sekatan itu dan berjanji untuk menyelesaikan pertikaian antara Orang Asli dan syarikat itu.

Lihat Komen
ADS