Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Jho Low: Tindakan Dr M rampas prosiding undang-undang memalukan
Diterbitkan:  Aug 12, 2018 11:51 AM
Dikemaskini: 4:01 AM

Ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low yang kini dalam buruan menuduh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad 'merampas' prosiding undang-undang negara lain untuk mendapatkan kapal layar Equanimity yang dikaitkan dengan 1MDB.

Dalam kenyataan dari peguamnya, seperti yang dilaporkan Free Malaysia Today (FMT), Jho Low bertegas bahawa penyitaan Equanimity oleh kerajaan Malaysia adalah tidak sah.

Kenyataan itu dibuat selapas Dr Mahathir semalam menegaskan bahawa pihak berkuasa AS dan Indonesia sependapat dengan Malaysia berhubung kapal layar mewah berkenaan, yang katanya dijamin oleh AS ia dimiliki oleh Low kerana didakwa dibeli menggunakan "duit rakyat Malaysia".

Peguam Jho Low dilaporkan menuduh Dr Mahathir memutar belit kenyataan Jabatan Kehakiman AS (DOJ), dan menambah bahawa: "Kenyataan salah oleh kerajaan Malaysia yang berulang kali ini memalukan AS, yang menegaskan bahawa mereka tidak terlibat dalam rampasan haram kapal layar berkenaan dan akan memaklumkan mahkamah AS pada 17 Ogos.

"Sangat jelas bahawa rejim Dr Mahathir tidak mementingkan proses perundangan yang adil dan saksama. Tindakannya merampas prosiding undang-undang di negara lain yang melibatkan kerajaan di negara itu dalam isu Equanimity membuktikan hal ini.

Equanimity menjadi pertikaian antara DOJ dan pihak berkuasa Indonesia selepas kerajaan republik itu memfailkan saman sivil penyitaan terhadap kapal mewah bernilai AS$250 juta itu tahun lalu.

DOJ mendakwa Equanimity dibeli menggunakan wang yang diseleweng dari dana 1MDB melalui sistem kewangan AS dan Jho Low memiliki kapal mewah itu melalui beberapa perantara termasuklah syarikat Equanimity Ltd.

Minggu lalu Indonesia mengumumkan untuk menyerahkan Equanimity kepada Malaysia dan Selasa lalu kapal layar itu tiba di Pelabuhan Klang.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS