Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Pelan untuk hadkan tempoh PM mungkin tangguh, kata Dr M

Pelan untuk mengehadkan tempoh jawatan perdana menteri kepada dua penggal mungkin ditangguhkan kerana ia memerlukan pindaan perlembagaan yang menghendaki sokongan dua pertiga anggota parlimen, maklum Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini katanya antara pembaharuan yang perlu ditangguhkan sehingga Pakatan Harapan (HARAPAN) mendapatkan sokongan mencukupi di parlimen.

"Satu perkara yang tak mungkin kita lakukan ialah perkara-perkara yang perlu pindaan perlembagaan ini tak dapat dilakukan kerana kita tak punyai dua pertiga ahli dalam parlimen.

"Tetapi berkenaan perkara-perkara tertentu, jika kita dapati kelakuan dari parti lawan bahawa mereka akan sokong dan memberi sokongan dua pertiga kepada pindaan, barulah kita akan buat tindakan-tindakan yang perlu kelulusan dua pertiga daripada parlimen," kata beliau kepada pemberita pada sidang akhybar selepas mempengerusikan mesyuarat khas kabinet mengenai antirasuah awal hari ini.

Menyebut had tempoh jawatan perdana menteri sebagai contoh, Mahathir berkata beliau akan berbincang dengan parti pembangkang tidak lama lagi.

PM akan bincang dengan pembangkang

"Misalnya, apabila kami kata kami mahukan perdana menteri memegang jawatannya selama satu penggal sahaja, kami perlu memiliki kuasa tertentu di parlimen. Beberapa perkara itu memerlukan pindaan perlembagaan.

"Ini antara punca yang menyebabkan kami terpaksa menangguhkan (janji ini) sehinggalah kami mendapat sokongan yang mencukupi," katanya.

Ketika ditanya wartawan jika HARAPANH akan membincangkan dengan parti pembangkang mengenai cadangan pindaan berkenaan, Mahathir berkata: "Kami telah memutuskan hal tersebut sebentar tadi. Selepas ini, saya akan berbincang dengan pihak pembangkang."

Antara janji manifesto HARAPAN pada PRU14 lalu adalah mengehadkan tempoh memegang jawatan perdana menteri selama dua penggal sahaja dan perdana menteri tidak boleh menjawat portfolio menteri kewangan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS