Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
BERSIH tuntut tribunal salah laku anggota SPR pada PRU14

Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) 2.0 menggesa kerajaan menubuhkan tribunal bagi menyiasat dakwaan salah laku anggota Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya umum ke-14.

Pemangku pengerusi BERSIH 2.0, Shahrul Aman Mohd Saari, pihaknya akan menghantar surat kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar tribunal berkenaan dibuat segera.

Menurut Shahrul lagi, tribunal berkenaan penting bagi menyiasat dakwaan salah urus dan penipuan besar-besaran semasa pilihan raya umum 9 Mei lalu.

Beliau juga menyenaraikan tujuh anggota SPR yang didakwa telah melakukan salah laku berkenaan.

"BERSIH 2.0 ingin menyatakan rayuan kepada Tun supaya menubuhkan tribunal untuk menyiasat salah laku tujuh anggota SPR yang membawa kepada salah urus dan penipuan secara besar-besaran.

"Anggota-anggota SPR ini bukan sahaja merosakkan kesaksamaan, kebebasan dan integriti SPR malah mereka juga mencabuli hak asasi rakyat untuk memilih kerajaan baru dan mengancam asas demokrasi," katanya pada sidang media di parlimen hari ini.

Daripada tujuh orang itu, nama yang berbangkit antaranya mantan pengerusi SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah dan timbalannya Tan Sri Othman Mahmood.

Malaysiakini sedang cuba mendapatkan reaksi mereka berhubung perkembangan itu.

Lihat Komen
ADS