Terjemahan Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan, Datuk Shahrir Samad berkata kerajaan patut menubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salahlaku Polis (IPCMC) bagi menyiasat dakwaan salahlaku dan aduan terhadap pasukan polis.
"Tiada salahnya menubuhkan sebuah badan bagi menyiasat aduan yang berfungsi untuk mendengar (aduan dan penjelasan) kedua belah pihak secara adil," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lobi Parlimen hari ini.
Dalam laporannya yang diumumkan Mei lalu, Suruhanjaya Diraja Polis telah memperakukan penubuhan IPCMC bagi menyiasat aduan orang ramai terhadap pasukan polis.
Shahrir berkata, perakuan Suruhanjaya Diraja Polis itu hendaklah dilaksakanakan.
"Saya rasa tiada gunanya ditubuhkan suruhanjaya diraja tersebut jika perakuan-perakuannya tidak dilaksanakan. Anda tidak boleh memilih yang senang sahaja (untuk dilaksanakan), dan tidak yang susah.
"Kita mahu perakuan-perakuan suruhanjaya itu dilaksanakan kerana ia akan membantu pihak polis menjalankan tugas mereka dengan lebih berkesan," katanya.
Cadangan penubuhan PCMC itu adalah antara 125 perakuan yang dibuat oleh Suruhanjaya Diraja Polis seleaps melakukan kajian selama 15 bulan untuk membaiki dan meningkatkan perkhidmatan pasukan polis.
'Komen Noh tidak membantu'
Shahrir juga berkata, prosidur ke atas tahanan dalam lokap polis juga harus diperbaiki lagi atau ditukar mengikut perkembangan semasa.
"Terdapat banyak kes salahlaku polis. Walaupun ini tidak mencerminkan keseluruhan pasukan polis, tetapi ia berlaku terhadap tahanan yang ditahan," katanya, sambil menambah bahawa cara penguatkuasaan juga perlu diperbaiki untuk membantu pasukan polis.
Bagaimanapun, Shahrir berkata, pihaknya menyedari, peningkatan tenaga kerja polis tidak selaras dengan penambahan penduduk, manakala kaedah penguatkuasaan juga tidak mengikut perkembangan teknologi.
Mengulas kenyataan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Noh Omar yang meminta orang asing balik ke negeri mereka jika mereka merasakan Malaysia sebuah negara yang zam, Shahrir berkata, adalah wajar sekali bagi Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menegurnya.
"Saya rasa ianya wajar. Komen (oleh Noh) tidak membantu dan bercanggah dengan apa yang dikatakan oleh Perdana Menteri," tegas Shahrir.
Kenyataan Noh Selalasa l alu telah mencetuskan kontroversi. Dan semalam beliau menyalahkan pihak media kerana menyalahtafsir kenyataannya, tetapi berkata beliau memohon maaf sekiranya ada yang tersinggung dengan kenyataannya itu. Berita asal
