Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Prestasi 100 hari k'jaan, PAS beri HARAPAN gred 'D'

PAS memberikan gred 'gagal' kepada Pakatan Harapan (HARAPAN) untuk pencapaian 100 hari sebagai kerajaan persekutuan.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man memberikan 27 hingga 30 daripada 100 markah untuk HARAPAN menjelang genap 100 hari pentadbirannya esok.

"Sebuah NGO berpandangan HARAPAN hanya penuhi 20 hingga 30 peratus daripada (10 janji) dalam masa 100 hari,"

"PAS beri lebih rendah - 27 hingga 30 peratus, gred D dan perlu dinilai kembali," katanya dalam sidang media di lobi Parlimen hari ini.

Walaupun kerajaan menyalahkan hutang besar negara - mencecah RM1 trilion - sebagai penghalang, Tuan Ibrahim menyifatkan ia tidak boleh dijadikan alasan kerana hutang negara diumumkan di Parlimen.

Katanya lagi, selain daripada gagal menunaikan janji, kerajaan HARAPAN juga mengumumkan perkara yang tidak termasuk dalam manifesto, antaranya cadangan mewujudkan kereta nasional baru.

Hari ini, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta orang ramai memberikan lebih masa kepada kerajaan untuk menunaikan janji 100 harinya.

Timbalannya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pula berkata kerajaan sudah berusaha sedaya upaya untuk menunaikannya, justeru tidak perlu sehingga memohon maaf akibat kegagalan mencapai sasaran 100 hari.

Lihat Komen
ADS