Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Orang miskin tak perlu minum Coke, kata Pua
Diterbitkan:  Aug 16, 2018 4:28 PM
Dikemaskini: 10:41 AM

Kerajaan sedang mempertimbangkan pelaksanaan cukai baru, termasuk cukai soda, kata Anggota Parlimen Damansara Tony Pua.

Bagaimanapun, beliau yang juga pegawai khas menteri kewangan itu berkata, langkah itu tidak akan membebankan golongan berpendapatan rendah (B40).

"Misalnya, saya boleh sebut, katakan kita nak laksanakan cukai soda, macam cukai (atas) Coca-Cola, ia ada dua komponen.

"Pertama ia dapat beri sedikit hasil kepada kerajaan. Ia (juga) tidak membebankan golongan B40 sebab (mereka) tak perlu minum Coca-Cola.

"Pada masa sama, kita boleh menggalakkan kehidupan yang lebih sihat," katanya seperti dipetik Buletin Utama TV3.

Beliau berkata lagi, kerajaan sedang mengkaji beberapa cadangan cukai baru untuk memastikan cukai yang paling sesuai untuk dilaksanakan.

Menurut laporan itu, kerajaan sedang meneroka kemungkinan cukai baru untuk menebus kekurangan RM19.4 dalam bayaran balik GST.

"Kesemuanya sedang diteliti dan disemak supaya kita dapat laksanakan cadangan yang paling baik untuk rakyat," katanya seperti dipetik.

Sebelum ini, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mendakwa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak membelanjakan bayaran balik GST dan tidak mengembalikannya kepada perniagaan dalam tempoh masa 14 hari, seperti yang ditetapkan.

Dengan pemansuhan GST, kerajaan dijangka kehilangan hasil RM21 bilion dalam bentuk pulangan cukai.

Lim berkata kerajaan mampu berdepan keadaan itu susulan harga minyak yang lebih tinggi, mengutip lebih banyak dividen daripada syarikat berkaitan kerajaan serta pemotongan perbelanjaan operasi kerajaan.

Bagaimanapun kementeriannya berdepan cabaran baru kerana perlu menyelesaikan isu bayaran balik GST apabila berjanji untuk membayarnya kepada peniaga pada tahun depan.

Lihat Komen
ADS