Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
DOJ kata tak terlibat serah Equanimity kepada Malaysia
Diterbitkan:  Aug 18, 2018 12:10 PM
Dikemaskini: Aug 20, 2018 3:50 AM

Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat (DOJ) mengulangi bahawa ia tidak mempunyai sebarang peranan dalam pemindahan hak penjagaan kapal laya mewaa kepada pihak berkuasa Malaysia.

Ia memaklumkan Mahkamah Daerah California Tengah, mengenainya, pagi ini (masa Malaysia), untuk mengemaskini mahkamah mengenai perkembangan kapal kapal layar itu.

"Dalam koresponden baru-baru ini dengan kerajaan, pihak menuntut (Equanimity (Cayman) Ltd) mendakwa bahawa kerajaan AS telah bekerjasama atau membantu dalam penyerahan kapal layar dari Indonesia ke Malaysia.

"Bagaimanapun, selain tindakan yang digariskan dalam Perenggan 7 di atas - yang mana kedua-duanya adalah perlu dan sesuai untuk mengekalkan keselamatan kapal layar itu - kerajaan AS tidak mengambil bahagian dengan Indonesia dalam memindahkan kapal layar ke Malaysia," katanya dalam pemfailan itu.

Malaysiakini telah melihat salinan pemfailan mahkamah itu.

Dalam Perenggan 7, DOJ berkata ia memberitahu anak-anak kapal yang dilantik oleh kerajaan AS di atas Equanimity untuk mematuhi arahan pihak berkuasa Indonesia apabila syarikat pengurusan mereka bertanya kerajaan AS sama ada ia sepatutnya berbuat demikian, kerana kapal layar tersebut telah berlayar ke Pulau Batam untuk memudahkan pemindahan.

Ini sesuai dengan nasihatnya pada 15 Jun kepada pihak pengurusan bahawa ia harus mematuhi arahan kerajaan Indonesia.

Dalam Perenggan 7, DOJ juga berkata ia memastikan untuk mengekalkan kontrak dengan Wilson Yacht Management (WYM) sehingga 7 Ogos apabila mengetahui bahawa pihak berkuasa Malaysia mengambil alih penjagaan kapal layar itu, supaya ia tidak akan dibiarkan tanpa krew dan tidak dijaga.


Kenyataan DOJ itu seolah-olah bertentangan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pelbagai pegawai kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Peguam Negara Tommy Thomas, dan menteri undang-undang de facto, Liew Vui Keong, yang memberitahu Dewan Rakyat bahawa AS telah bersetuju untuk pemindahan hak penjagaan itu

Ia juga kelihatan menyokong tuntutan peguam Equanimity Ltd bahawa Malaysia dan Indonesia telah mengatasi kuasa pelbagai mahkamah, termasuk Mahkamah Daerah Pusat California.

Dalam pemfailan mahkamah hari ini, DOJ juga menyenaraikan langkah-langkah yang telah diambilnya untuk mematuhi perintah May 15 mahkamah yang memberikan penjagaan perlindungan ke atas kapal layar itu untuk tujuan membawa balik ke perairan AS untuk memudahkan penjualan interlokutori.

Walaupun Equanimity Ltd sebelum ini menentang jualan AS yang memihak kepada jualan Mediterranean, DOJ berkata Equanimity Ltd kini bersetuju kapal layar itu dijual di Pameran Bot Antarabangsa Fort Lauderdale ekoran mediatasi di Mahk.

Bagaimanapun, pihak berkuasa Indonesia tidak pernah memindahkan hak penjagaan kapal itu kepada sama ada Equanimity Ltd - walaupun perintah dari Mahkamah Wilayah Jakarta Selatan pada 17 April untuk berbuat demikian - atau kerajaan AS.

DOJ mendakwa bahawa peguam Equanimity Ltd telah membenarkan kerajaan AS untuk mengambil hak penjagaan kapal layar terus dari Indonesia pada 15 Jun, tetapi enggan memberikan pengesahan bertulis mengenai persetujuannya itu apabila pihak berkuasa Indonesia meminta DOJ berbuat demikian.

Sementara itu, kerajaan AS telah membuat persediaan untuk membawa kapal layar itu ke Amerika Syarikat sejak bulan Jun sementara mengekalkan syarikat pengurusan yang diupah oleh Equanimity Ltd, iaitu WYM.

Ia berkata WYM mula mengambilhari yang sama kru di Bali pada atau sekitar 6 Julai untuk mengambil hak penjagaan kapal layar itu, dan mula merangka rancangan untuk melayarnya pada 11 Julai atas arahan kerajaan AS.

Pelan itu telah dilaksanakan pada hari yang sama pada 11 Julai dengan penyelarasan dengan kerajaan AS, termasuk mengisi minyak kapal layar itu sebagai persiapan untuk pelayaran, mendapatkan visa yang diperlukan dan dokumen lain, dan mendapatkan kelulusan pada 16 Julai untuk membayar upah bertunggak kepada kru.

Dengan kelulusan kerajaan AS, WYM juga membayar sebuah syarikat perkhidmatan marin Amerika Syarikat untuk membenarkan Equanimity berlabuh sementara di Guam, dan memperolehi sijil dari syarikat tersebut pada 27 Julai yang mengesahkan bahawa kapal layar itu dibenarkan berlabuh di Guam pada atau selepas 8 Ogos.

DOJ berkata kerajaan AS telah mengetahui bahawa Indonesia telah mengarahkan kapal layar itu belayar ke lokasi berhampiran sempadan maritim Indonesia-Malaysia pada 1 Ogos, dan kemudian memberitahu peguam Equanimity Ltd tentang perkara itu.

Hanya selepas itu mereka berdua mengetahui bahawa Equanimity diserahkan kepada pihak berkuasa Malaysia dan kemudian dibawa ke Pulau Indah, berhampiran Pelabuhan Klang, pada 7 Ogos.

The Equanimity kini berada di bawah jagaan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. 1MDB telah memfailkan saman tuntutan pemilikan ke atas kapal itu.

Peguamnya berkata saman itu dijangka mengambil masa enam hingga sembilan bulan untuk diselesaikan, manaitu berkata ia boleh dijual menjelang akhir tahun ini jika tidak ada yang mencabar saman 1MDB.

Kes itu disebut di mahkamah KL semalam dan dijangka untuk pengurusan kes seterusnya pada 29 Ogos. Sehingga hari Khamis, tiada siapa yang mengemukakan tuntutan terhadap tuntutan 1MDB.

[Baca berita penuh]
https://www.malaysiakini.com/news/439419

Lihat Komen
ADS